Thursday 14 July 2016

Sehari Sebelum Raya

Tahun ni raya KL. so xdelah kalut2 sangat hihihi. Sehari sebelum raya, tugas akak masak ayam masak merah 2 ekor dengan kukus ketupat palas 90 biji. 

Pagi2 lagi en suami dah ke pasar beli barang basah. akak minta beli 3 ekor ayam. Seekor untuk rumah akak. balik raya dari Kedah ada barang nak masak. Ooo mesti ada yang tanya tak balik kedah ke tahun  ni? akak balik tapi raya kedua setelah selesai beraya kat bentong nanti. tuh entry raya kita citer ya.

So pagi tuh kalut masak je lah. Malam sebelum tuh dah siap2 kemas rumah n standby baju2 nak bawa pi jalan raya nanti. masa ni baju raya semua tak gosok lagi huhuhu dah lah badan penat dengan masak lg... 


Ayam Masak Merah bersama nasi minyak. nasi minyak kak long yang buat.

Ketupat palas ni akak beli kat KIPMALL Bangi atau orang panggil Warta. sape dok bangi taulah. akak order 100 biji RM0.90 sebiji. kat KL ni kira harga sebiji cam tuh. kalau kat belah utara kira timbang.

Masa ni otw nak ke keramat umah mak akak. anak lelaki semua akak pakaikan jubah putih. en suami tak mau pakai baju melayu. Hmm penat gosok. si anak dara tuh biasalah nak pakai baju baru. sebelum tuh dia ada pakai tudung oren. tapi macam biasa bukan boleh lama2. terbang dah tudung tuh.

Masa ni mood baik. sbb ramai pakai tudung so dia pun pakailah tudung. dalam gambar muka serius je. tp sebenarnya dia tgh happy time. senyum je.. hihihih sebelah Rania tuh kak dina anak kak long yang sulung.



Setiap tahun petang raya kami adakan tahlil untuk arwah abah dan nenek. selepas mahgrib plak buat takbir. Dulu selalu pegi umah wan kat gombak. takbir kat sana. Tapi sejak anak cucu dah makin ramai mak prefer buat umah sendiri. seronok bila keluarga besar mcm ni.

Lupa ni gambar pemberian duit raya. Selalunya kami bagi sebelum berbuka nak amik berkat sedekah bulan puasa. so ikut turutan dimulai dengan Adam sebab Adam cucu sulung.

Rayyan cucu ke-3

Rania cucu ke-6
budak ni orang semua beratur dia tak mau.Moody je dia. ni wan dia nak bagi duit raya dia buat tak tau je.

Lepas Isyak... kami yang pompuan ni siap2 kan juadah untuk esok plak. so takdelah pagi kelam kabut. orang laki macam biasa kena jaga anak dan main bunga api. 

Akak tak tido malam tuh juga balik umah tapi adam dan rayyan tak mau balik nak tido umah wan sbb sepupu ramai. katanya tido pun lambat. 

ok tuh je citer aktiviti sehari sebelum raya.

tata...






No comments:

Post a Comment