Sunday 28 August 2016

Mood Kelaut

maaf sambungan entry raya blom habis... bz2 ...Dengan fame Lips, Bb Cushion, Ellfie, Florale n terbaru Limited Edition. nanti akak sambung ya..

bye

Monday 18 July 2016

Raya Pertama 2016

Salam Syawal ke-13.

Orang lain dah habis citer raya pertama. akak hegeh2 baru nak up citer hihihi... ntah le mood malas dah datang. ni dari tadi nak taip ke tidak nak taip ke tidak macam tuh hahaha...

Pagi tuh dlm kul 7.00 gerak dari rumah akak ke rumah mak. Adam n rayyan kan tido sana so sampai2 suh diorg mandi dan niat mandi hari raya. akak tolong kak long sediakan hidangan untuk pagi tuh. akak tak pegi masjid. selalunya orang lelaki je yg pegi dengan mak akak. kami mak2 ni nak siapkan anak n makanan untuk pagi tuh. akak lepas dah siapkan makanan minta sape dah siap makan dulu sebelum ke masjid. so pagi tuh menu, nasi minyak + ayam masak merah, ketupat palas + ayam rendang, lontong dan sambal kacang. sori gambar takde sbb masing2 kebulur nak makan hihihi.

balik dari masjid kami makan2 lagi.. lepas tuh amik gambar tp kali ni semua pun lupa nak salam2 hahaha... 

Kerana gambar ini lah bertalu2 orang wish n tanya akak ya... hoi... baju tuh kain cotton besar skit sbb dah kurus ... ecececeh... tuh yg nampak macam preggy. sebenarnya akak tak preggy sayang2 semua... baju je besar takde isi dalam. hihihi

antara anak buah yg ada... takde dalam gambar Rania, Mulhim dan Aryan.

semua tak reti dok diam so takde gambar yang senonoh pun... tgklah anak bujang akak adam tuh.. tinggi kurus...

All the ladies...
semua pun pakai baju sama n Fame Cosmetics ya... hihihi
Tobatlah lps ni jangan harap nak pakai baju kain sama ni lagi.
anak tertukar mak, laki tertukar bini hahahaha

otw nal ke rumah Mak Ndak.
dia tahun ni tak raya hulu langat sbb anak dia no 2 nurdiah baru lepas bersalin.
so kami pun ke setapak sana ziarah n beraya.

Inilah rumah pertama kami beraya pagi tuh
rumah makndak

duduk2 lepak jap tak sampai 15 minit dah gerak nak pi umah wan...
sbb kul 11 ada sesi bergambar kat umah wan plak.

Kami pagi itu di rumah wan.
Semua ni anak, menantu dan cucu Haji Rusfan dan Hajjah Misiah

ok sambung entry lain ya...

tata..





Thursday 14 July 2016

Sehari Sebelum Raya

Tahun ni raya KL. so xdelah kalut2 sangat hihihi. Sehari sebelum raya, tugas akak masak ayam masak merah 2 ekor dengan kukus ketupat palas 90 biji. 

Pagi2 lagi en suami dah ke pasar beli barang basah. akak minta beli 3 ekor ayam. Seekor untuk rumah akak. balik raya dari Kedah ada barang nak masak. Ooo mesti ada yang tanya tak balik kedah ke tahun  ni? akak balik tapi raya kedua setelah selesai beraya kat bentong nanti. tuh entry raya kita citer ya.

So pagi tuh kalut masak je lah. Malam sebelum tuh dah siap2 kemas rumah n standby baju2 nak bawa pi jalan raya nanti. masa ni baju raya semua tak gosok lagi huhuhu dah lah badan penat dengan masak lg... 


Ayam Masak Merah bersama nasi minyak. nasi minyak kak long yang buat.

Ketupat palas ni akak beli kat KIPMALL Bangi atau orang panggil Warta. sape dok bangi taulah. akak order 100 biji RM0.90 sebiji. kat KL ni kira harga sebiji cam tuh. kalau kat belah utara kira timbang.

Masa ni otw nak ke keramat umah mak akak. anak lelaki semua akak pakaikan jubah putih. en suami tak mau pakai baju melayu. Hmm penat gosok. si anak dara tuh biasalah nak pakai baju baru. sebelum tuh dia ada pakai tudung oren. tapi macam biasa bukan boleh lama2. terbang dah tudung tuh.

Masa ni mood baik. sbb ramai pakai tudung so dia pun pakailah tudung. dalam gambar muka serius je. tp sebenarnya dia tgh happy time. senyum je.. hihihih sebelah Rania tuh kak dina anak kak long yang sulung.



Setiap tahun petang raya kami adakan tahlil untuk arwah abah dan nenek. selepas mahgrib plak buat takbir. Dulu selalu pegi umah wan kat gombak. takbir kat sana. Tapi sejak anak cucu dah makin ramai mak prefer buat umah sendiri. seronok bila keluarga besar mcm ni.

Lupa ni gambar pemberian duit raya. Selalunya kami bagi sebelum berbuka nak amik berkat sedekah bulan puasa. so ikut turutan dimulai dengan Adam sebab Adam cucu sulung.

Rayyan cucu ke-3

Rania cucu ke-6
budak ni orang semua beratur dia tak mau.Moody je dia. ni wan dia nak bagi duit raya dia buat tak tau je.

Lepas Isyak... kami yang pompuan ni siap2 kan juadah untuk esok plak. so takdelah pagi kelam kabut. orang laki macam biasa kena jaga anak dan main bunga api. 

Akak tak tido malam tuh juga balik umah tapi adam dan rayyan tak mau balik nak tido umah wan sbb sepupu ramai. katanya tido pun lambat. 

ok tuh je citer aktiviti sehari sebelum raya.

tata...






Wednesday 13 July 2016

Rania Chiken Pox

Sebelum masuk entry raya moh le kita update dulu citer Rania kena chiken pox awal ramadhan ari tuh.

Rania masa kena tuh demam dia takdelah panas sangat sbb dia masih blh main dan makan macam biasa. tapi perasan badan dia tuh panas. So pagi masa sahur tuh dia pun bangun sekali. sekali tengok kat muka awat ada bintik2. So check badan dia mmg banyak dah kuar bintik2 chiken pox tuh. so apa lagi teruslah wassap group opis bg tau cuti 3 hari terus. Kebetulan plak kena hari rabu so cutilah rabu hingga jumaat.

Akak ni dah tak ingat macam mana nak buat anak bila kena chiken pox tuh. sebab dulu adam kena masa kecik2. (boleh plak masa taip ni akak tertido jap ... huhuhu ngantuks giloss) Ok sambung semula ihihihih

So bawa pegi klinik, Dr pg surat kata x boleh pegi Taska dan tempat terbuka takut jangkit. Dr bg ubat Calamine dan ubat demam. Rania masa ni dah start gatal2 badan dia sian plak tgk. so tany kawan ada x kat rumah dia daun semambu so dia kata ada. Minta tlg suami amikkan pada dia. Daun semambu akak letak kat tpt tido dia. 


Masa ni merengek2 gatal sian sangat

Dok rumah macam2 keje...
orang mengaji dia pun nak mengaji alhamdulillah..
alif ba  ta pun x lepas ada hati nak baca quran  tuh huhuhu

bubuh ubat calamine kat tempat chiken pox tuh.

Isnin hingga selasa papa dia plak cuti. Gilir2 jaga. Rabu dan khamis akak plak cuti. Jumaat akak bawa pi opis. Sebab dia macam dah ok  skit, chiken pox tuh dah kering cuma lom tertanggal.


Masa ni bawa pi opis. Bawa laptop bagi dia tgk citer2 kartun dia supaya tak boring. Alhamdulillah dia sangat behave kat opis. tak bising buat hal dia je. Dok opis hampir seminggu juga.

Alhamdulillah Rania dah sehat sepenuh sebelum raya hari tuh. itulah di namakan ujian di Bulan Ramadhan. 

ok Tata..



Sunday 3 July 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalammualaikum semua...

Maaf lama sangat tak berblogging. akak bz dik non.... sejak jadi stokis ni tak menang tangan. Alhamdulillah sambutan Fame Lips dan BB Cuhsion sangatlah menggalakkan. Agen dan drophip pun aktif semacam je. ni baru ada masa nak update blog sebab akak keje hari ni huhu... Tahun ni raya KL lagi. akak tak amik cuti banyak sbb bulan 6 ari tuh banyak dah cuti sebab Rania kena campak. so takpelah mengalah jelah kita amik 1 hari je cuti iaitu Selasa sahaja. Tapi akak pun nak ucapkan terima kasih kat KSN sebab bagi cuti Jumaat tuh jimat cuti akak hihihi.

take apa nak tulis pun just nak ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri. Berhati-hati jalan raya. Maaf zahir dan batin ye semua.

ok tata...


Wednesday 27 April 2016

Promosi Ellfie Essence

Assalammualaikum dan salah sejahtera semua

Akak nak bagi tau esok ada promosi semua produk ellfie kecuali serum.

akak up siap2 hari ni... boleh order. Esok akak bz uolss....


Monday 25 April 2016

Program Motivasi Keibubapaan, Akurjanji dan Solat Hajat UPSR 2016

hari jumaat lepas program penuh sampai tgh malam... letih...

2.30 petang - 5.30 petang : Perjumpaan ibubapa tahun 1-5
5.30 petang - 10.00 malam : Program Motivasi Keibubapaan, Akurjanji dan Solat Hajat UPSR 2016

so kami semua x balik umah stay kat opis. mandikan rayyan pun kat opis.

tapi ptg tuh budak berdua tuh dah buat hal... meragam... so antar kat MIL di Presint 8 minta tlg jaga sekejap.

akak plak hari tuh pening kepala migrain.. so makan ubat magrain dah macam lalok...


Solat Maghrib - Solat Hajat - Solat Isyak


masa ni anak2 kena duduk dengan ibubapa...
hahaha masa ni adalah sesi luah perasan..
parents lain dah nangis2...
kitaorg control x mau nangis nanti kena ejek..
lebih2 lagi laki akak tuh hahaha
yang Adam pun controllah x nangis... hahaha...
tanya dia nak cakap apa..
diam x tau nak cakap apa... mmg kitaorg gelak2 je time..


Konon sesi meluahkan perasaan..
xde... kami gelak2 je time ni...
akak takleh bab nangis2 ni...
kalau nangis muka akak akan merah semerah2nya..
tengok drama pun nangis... hahaha
so control je time ni


Ni akur janji
Cari Adam kat mana???

habis dalam kul 9.45 malam macam tuh...
akak dah tak larat jalan kaki dah bengkak..
so balik terus amik budak 2 orang tuh..
ok tuh je
tata..

Wednesday 20 April 2016

Happy Besday To ME

Assalammualaikum... 

Hari ini hari jadi akak... yang ke-3?

tak minta lebih hanya minta

"Semoga Allah permudahkan segala urusan akak tahun ini, diberi kesihatan yang baik dan jadikan akak seorang wanita, isteri, anak dan ibu yang solehah dunia dan akhirat. Aamiin"

nak gambar besday girl hari ni...







ok bai...

Friday 15 April 2016

Jalan-jalan cuti sekolah

Citer ni dah lama baru nak up... citer masa cuti sekolah bulan 3 yang lepas. Tak tau nak pegi mana... so husband booking Hotel Impian. Hotel ni dengan Gold Coast Morib tuh. Adalah dalam 5km kot macam tuh. 

Actually bulan 3 ni besday en suami 16hb Mac dan Rayyan 24hb Mac. ni kira celebrate besdaylah ni. Masa ni akak baru je baik demam... sebelum anak2 tak sehat. Mula2 Rayyan lama juga dengan batuk yang x baik2 tuh. Lepas tuh jangkit plak dengan Rania. Minah ni kalau demam lagilah lama.... elok dia baik demam akak plak demam... huhuhu memang seksa sebab bila dah ada batuk sekali asma pun menyeranglah.. apapun akak redha.. anggap kifarah dosa2 yang lalu...

Kami bertolak dari rumah dalam kul 2.00 petang macam tuh... dekat je dek non.... hihihi... tapi sepanjang perjalanan panasnya tak tau nak cakap... so pi terus hotel. alhamdulillah bilik pun dah siap. dapat tingkat bawah je.. so parking terus keta depan pintu bilik. Bangunan dia 2 tingkat je. Ada juga chalet.


Tengoklah anak dara ni... x sabar2 nak mandi... kejap2 jenguk dari tingkap bilik... Swimming pool tuh belakang bilik je uoallsss memang best... 


Gambar ihsan cik google

Gambar ihsan cik google

Gambar ihsan cik google
Akak punya bilik macam ni. tapi boleh parking keta depan bilik.. ni wing lain kot.

Gambar ihsan cik google
ni plak chalet yg akak cakap tadi.



Toilet pun luas... oklah...

Semua ada... so akak beli milo, biskut dan maggi je... 
kot2lah budak2 ni lapar nak makan lepas mandi...

So nilah bilik kami... 
tak sempat mamanya nak amik gambar budak2 dah serbu baring atas katil...
tapi akak bawa juga toto satu... so letak tengah2 tuh.. Adamlah jadi mangsa tido bawah ... Katil single Papa dia tido... mamanya share dengan budak kecik dua orang tuh...
(cuba tengok anak dara tuh kat mana??? 
tepi tingkap je.. asyik lah tengok swimming pool... tak sabar2...)







Happy bila tengok anak2 happy macam ni...

Balik bilik semua kelaparan..
so masak maggi...

ayaq milo peberet semua

Esoknya xde gambar dah... hahaha...
budak2 breakfast dalam bilik je...
makan maggi n biskut...
lepas tuh terjun swimming pool...
minta tolong Adam tengok2kan rayyan n rania...
mama dan papa yg relaks2 je pi breakfast  hihihi...
tapi akak tak lama.. makan skit je...

Oklah tuh je citer cuti sekolah bulan 3 hari tuh...

sekian...