Wednesday 13 July 2016

Rania Chiken Pox

Sebelum masuk entry raya moh le kita update dulu citer Rania kena chiken pox awal ramadhan ari tuh.

Rania masa kena tuh demam dia takdelah panas sangat sbb dia masih blh main dan makan macam biasa. tapi perasan badan dia tuh panas. So pagi masa sahur tuh dia pun bangun sekali. sekali tengok kat muka awat ada bintik2. So check badan dia mmg banyak dah kuar bintik2 chiken pox tuh. so apa lagi teruslah wassap group opis bg tau cuti 3 hari terus. Kebetulan plak kena hari rabu so cutilah rabu hingga jumaat.

Akak ni dah tak ingat macam mana nak buat anak bila kena chiken pox tuh. sebab dulu adam kena masa kecik2. (boleh plak masa taip ni akak tertido jap ... huhuhu ngantuks giloss) Ok sambung semula ihihihih

So bawa pegi klinik, Dr pg surat kata x boleh pegi Taska dan tempat terbuka takut jangkit. Dr bg ubat Calamine dan ubat demam. Rania masa ni dah start gatal2 badan dia sian plak tgk. so tany kawan ada x kat rumah dia daun semambu so dia kata ada. Minta tlg suami amikkan pada dia. Daun semambu akak letak kat tpt tido dia. 


Masa ni merengek2 gatal sian sangat

Dok rumah macam2 keje...
orang mengaji dia pun nak mengaji alhamdulillah..
alif ba  ta pun x lepas ada hati nak baca quran  tuh huhuhu

bubuh ubat calamine kat tempat chiken pox tuh.

Isnin hingga selasa papa dia plak cuti. Gilir2 jaga. Rabu dan khamis akak plak cuti. Jumaat akak bawa pi opis. Sebab dia macam dah ok  skit, chiken pox tuh dah kering cuma lom tertanggal.


Masa ni bawa pi opis. Bawa laptop bagi dia tgk citer2 kartun dia supaya tak boring. Alhamdulillah dia sangat behave kat opis. tak bising buat hal dia je. Dok opis hampir seminggu juga.

Alhamdulillah Rania dah sehat sepenuh sebelum raya hari tuh. itulah di namakan ujian di Bulan Ramadhan. 

ok Tata..



No comments:

Post a Comment