Wednesday 27 January 2016

Terima Kasih Allah

Alhamdulillah syukur... tak tau nak cakap macam mana... Menangis akak yer sebab tak sangka result UPKK Adam boleh dapat macam tuh. Tak memasal akak nangis depan tuh. Adam dapat 8A.

Kekawan opis ni anak2  diorang dari minggu lepas lagi dah dapat result. Semua result gempak2. 8A, 5A, 4A.. fuh... berdebar2 plak akak... macam akak plak yang nak amik result periksa. Padahal UPKK je pun.

Sekolah Adam tahun ni meningkat kepad 35 orang dapt 8A. Apapun tahniah Adam. Semoga Adam cemerlang juga untuk UPSR dan PSRA tahun ini. InsyaAllah mama doakan.

Amiinn.

p/s: mesti korang heran nape akak nangiskan. Namapun anak lelaki main lebih banyak daripada baca buku.

Thursday 21 January 2016

Ucapan Terima Kasih

Pagi ini seperti biasa buka emel aduan sistem sekali ada satu emel ini mengucapkan terima kasih sebab telah memudahkan urusan dia. Pengirim juga menyatakan yang dia sangat berpuas hati dengan perkhidmatan kerajaan yang prihatin, cepat dengan cekap. Wah!!! apa lagi terus berbunga hati akak ni korang..

Sebenarnya pengirim ni ada emel masalah dia pada hari selasa lepas. Disebabkan masalah dia bukan masalah berkaitan sistem akak, so akak forwardkan emel tersebut ke PRO. So alhamdulillah bahagian berkenaan telah pun menjalankan tanggungjawab dia dengan cekap dan berkesan. Alhamdulillah.

Apa yang nak akak point disini, bila orang ucap terima kasih tidak kisahlah apapun kita akan rasa seronok dan dihargai betul tak? Macam tuhlah akak pagi... mood terus happy je walaupun sebelum tuh akak sedih sbb hhmm adalah xyah citer kat bloglah... apapun terima kasih juga pada pengirim emel kerana menghargai kami kakitangan awam ini.




oklah

Tata...

Wednesday 20 January 2016

Perihal Rania

Masa firstday school hari tuh, Rania pun duduk taska baru kat JPN. Sebelum ni kat P18 belakang klinik tuh. Taska tuh rumah je. so rumah tuh dia ada baby sampai umur 3 tahun. disebabkan Rania tahun ni dah 4 tahun so kenalah pindah taska satu lagi kat atas tuh owner sama. situ 4-6 tahun rasanya.Kebetulan taska JPN ni ada kosong si akak pun registerlah kat situ. Senang nak urus. So tahun ni semua anak2 bersekolah kat Putrajaya. Tapi taska JPN ni sampai 4 tahun je. So tahun depan Rania kena pindah lagilah. Dah aim dah satu taska ni tapi nantilah pikir sbb lambat lagi. hihihi.Rania ni so far sejak dah penah duduk taska dia ok je. Warna pun dah kenal. Paling dia kenal warna PINK... budak perempuan dan warna pink tidak boleh dipisahkan. Dia juga suka kasut.. hoi mencabar kalau pi shopping kompleks dengan pasar malam dengan dia ni. lagi2 pasar malam. Pasar malam banyak selipar dan kasut budak cantik2 tau. lebih lagi yg ada gambar kartun frozen. murah pun ia juga. Ada satu hari tuh pegi pasar malam Bangi kat shell tuh. fuhh... dia punya sawan shopping mengalahkan orang besar. semua benda dia nak. lastly berenti kedai kasut.. dia boleh nak beli lagi selipar froven. tapi selipar tuh ada lampu2 lah.. cantik jugak.. pujuk2 ajak balik pun tak mau.. lastly beli juga. Ntah berapa banyak kasut dan selipar awak Rania.


Ni gambar firstday, so far masa tuh ok x nangis.



Ni second day, masa ni ok tapi masa akak nak balik dia dah start nangis. Dia jadi macam tuh biala tengok ramai kekawan nangis. so dia join skali nangis. syabas Rania. hhihihiMasa ni plak Rania kena admit Hospital Serdang sekali lagi. Semput. Malam tuh ada buat makan sikit. Mak Tok dia belanja beli makanan makan kat rumah je sebab Rania tidak sehat. Merasalah dok hospital 4 hari 3 malam. Dahlah mmg akak saje amik cuti konon2 nak pi berjalan sekali dah masuk hospital, cuti kat hospital je lah. 



Masa ni kat emergency, tgh buat neb, 3 kali buat pun x ok lagi. oksigen tak cukup. tuh yang kena admit


Masa ni dah pindah wad kat atas. dia dah ok masa ni tapi still tak boleh balik. so bagi boring
 suh di color buku tuh




Haa korang kenal ke Dr hensem ni. Ni lah Dr Say Sazril yang kecoh kat Hotfm. Masa ni dia kena kat wad kanak2 plak. Masa dia round wad tuh konon2 nak lah amik gambar sekali Rania tak bg hp. sbb masa tuh dia tgh tgk hp. so curi2 amik gambar dari jauh jer.





Masa ni dia nak tumbuk cili tuh. Hope rajinlah tolong mama sampai ke besar. oklah tuh je nak citer.Tata


Rayyan Tahun 1


Assalammualaikum... 



Nak citer pasal Rayyan masuk Tahun 1. Orang lain dah up entry anak2 masuk Tahun 1 tapi akak baru hegeh2 nak up entry pasal benda ni... hihihi

Sekolah Rayyan buat Hari Orientasi pada 28 Disember 2015 yang lepas. Pagi tuh kami breakfast kat mamak kat umah je sebelum ke sekolah pagi tuh. 


Gigi Rayyan 1 bantang dah kena cabut dengan papa malam tuh... sebab dah goyang dan satu lagi dah tumbuh gigi kat belakang tuh 2 batang. Bawahlah pi dentist... pegi yang kat Serdang tapi Dr tuh kata tak goyang lagi dan suh balik dulu goyang2kan gigi tuh senang nak cabut. ... (masa tuh mmg tak goyang lagi). Hari minggu pilah cari dentist kat area bangi.. masa tuh dah start goyang2 dah gigi tuh.. sekali semua dentist kat area bangi boleh penuh... lastly balik macam tuh je. tuh yang akhirnya papa dia cabutkan. 


Ni budak pagi2 dah wat perangai. Rambut serabai je.. Ajak potong bagi trim tak mau melalak kat kedai rambut ari tuh. 


Abg Adam dah senior

Sekolah mula orientasi dalam kul 8.30 pagi macam tuh. Mula sampai je cari nama Rayyan dalam senarai nama mengikut kelas. So dapat 1 Delima. Beratur kat cikgu tandatangan kehadiran. dalam kehadiran tuh ada senarai nama rumah sukan juga sekolah dah bagi siap2 dah warna rumah sukan. Baguslah senang ibubapa nak beli tshirt sukan sekolah plak.

Lepas dah tandatangan kehadiran, murid kena beratur mengikut kelas. Ibubapa plak ada ada taklimat untuk murid Tahun 1. Dalam kul 9.00 murid2 beratur masuk kelas. so adalah exam Tahun 1. Ada BM, Mate dan BI. so disinilah akak kesian kat Rayyan dia ni boleh je jawab tapi kena bg tau soalan tuh buat macam mana. dia plak macam2 takut jadi menung je. Akak suh gak dia angkat tangan tanya cikgu... nak angkat pun takut. (oo masa ni akak dah skip dgr taklimat hihihi) redha dah... tak kisahlah Rayyan asal jawab je.Dah habis semua kami terus balik umah je.

Hari pertama sesi persekolahan tuh macam biasa datang awal. Akak dengan husband amik cuti 1 hari je. tuhpun sebab nak tgk dengan rehat dan pi toilet macam mn. so far sehingga hari ni semua ok.

Bab bagi duit belanja plak... akak bg gak rayyan duit belanja walaupun hari2 bawa bekal. tapi... kejenya asyiklah beli air kotak dengan roti. bukan makan dan minum pun. Ada 1 jumaat tuh.. akak saje bg duit belanja lebih sbb nak bagi dia membeli makanan kat kantin... sekali.. dia bantainya beli air kotak sampai 3 kotak. tak beli mknan. tghari amik, dia bg tau mama tak buat bekal kat dia.. dia lapar sbb tak mkn... laa... mama bg duit lebih suh beli mknan yg pi bantai beli air kotak sampai 3 pasal apa... rayyan..rayyan... tuh yg hari2 kena buat bekal kat dia. haaa gambar bentonya takde ye x sempat nak amik... kelam kabut xde masa nak amik huhuu... lagi2 skrg ni sekolah diorang kena datang awal sbb ada bacaan yasin kul 7.00 pagi.. masak simple2 je.. nugget, burger, sosej. kadang  mkn coco crunch...


Perhimpunan... masa ni merayap2 kat dalam sekolah.. sebab si Rania ni dah boring.. so dia ajak jalan2 melawat kawasan sekolah.




Alhamdulillah firstday sekolah yang smooth jer...

ok tuh jer. sebenarnya tak ingat dah apa nak citer... hihihi

Tata

Taklimat Format Baru UPSR 2016

Assalammualaikum  dan selamat pagi semua

Hari Sabtu lepas ada taklimat ibubapa tentang format baru UPSR 2016. Semua sedia makluman, tahun ini ada tahun pertama format baru berasaskan KSSR dan KBAT akan diadakan. akak sebagai ibubapa pun takut juga.yelah tahun ini 6A. So akak share serba sedikit maklumat apa yang akak terima pada hari itu.

Bahasa Melayu

















Jumlah markah akan didarabkan dengan 2 so akan dapatlah 100%




Dibawah adalah Paper BM (Penulisan)




Jadual dibawah adalah Format baru BM dan BI



Bahasa Inggeris






Contoh soalan Pemahaman Bhgn A


Contoh soalan Pemahaman Bhgn B


Contoh Soalan BI Penulisan




Matematik









Contoh soalan Bhgn A



Contoh soalan bhgn B


Sains



  



Soalan Sains bhgn B


Soalan sains bhgn A


So ada sedikit pesanan buat ibubapa yang nak cari buku latihan untuk UPSR 2016. Sila cari buku latihan yang berkaitan format baru UPSR 2016. Jangan cari koleksi buku latihan UPSR sbb format dah tak sama.

Boleh juga dapatkan info di laman web KPM sendiri di sini : Format Baru UPSR 2016


ok itu jelah nanti kalau ada apa-apa akak update yer. ok 

Tata