Monday 18 January 2016

Drama Aku Pilih Kamu

Assalammualaikum


Hai korang... semalam sape tgk citer drama Aku Pilih Kamu kat TV3 kul 10 malam kita geng... ntah macam mana dari minggu lepas lah terlayan plak citer2 ni... semuanya gara-gara sambil lipat baju tengok ini lah jadinya... akan tersangkut punya layan drama...
tapi best juga citer ni... citer hal kekeluargaan, percintaan, perebutan harta.

Malam tadi lagi sedih... akak sampai menangislah part bila Tan Sri dah tau si Qasya tuh anak dia... lagi sedih bila kakak dia si Nadiya tuh peluk dia... waaa.. masa tuh air mata berjujuran macam air terjun... sedih giler part tuh.... 

citer dia akak terberapa lah nak ingat sangat sbb kadang2 je dapat tengok pun... akak citer apa yang akak ingat lah yer...
Qasya ni anak angkat kepada family Dato Mizal. Dato 
Mizal ni ada 3 orang anak lelaki iaitu Adam, Farouk dan Rizman. Ibu angkat Qasyah, Farouk dan Rizman ni selalu dera dan tidak suka pada Qasya. Tetapi Dato Mizal dan Adam sayang pada Qasya. Adam dan Qasya juga hampir hendak bertunang tetapi disebabkan Rizman ni selalu buat perangai Dato Mizal telah kahwinkan Qasya dan Rizman. Adam yang kecewa telah membawa diri. Qasya pula walaupun sedih tak menolak sebab terhutang budi pada Dato Mizal. Lepas tuh ada part2 akak dah tak tengok yer... sehinggalah... Rizman telah ditangkap khalwat dengan Isabell. Dato Mizal telah memaksa Rizman bertanggungjawab untuk menjaga aib keluarga dan Tan Sri. (Isabell ni anak angkat Tan Sri). Sebenarnya Rizman telah diperangkap oleh Isabell. Rizman sendiri cuba menerangkan perkara sebenar tetapi ayah dia Dato Mizal x mahu dengar sebab kecewa dengan Rizman.
Walaubagaimanapun Rizman telah berubah sedikit demi sedikit apabila Qasya sentiasa melayan dia dengan baik. Beli buku2 agama pada dia. Maksudnya Rizman dah mula sayang pada Qasya tapi sebab ego dia tak mau tunjukkan sehingga Qasya telah diperangkap oleh Datin Rosnaida iaitu ibu angkat Qasya, Isabell dan Farouk. Qasya telah diberi ubat tido dan apabila dia sedar dia telah di berada di atas katil bersama Farouk. Ohh lupa nak citer... Farouk ni dah kahwin dengan Nadiya anak Tan Sri. (choi... akak tak tau sape nama Tan Sri ni hihihi) Sebab apa diorang perangkap Qasya sebab... semua orang dalam rumah tuh sayang pada Qasya... tapi bila Qasya dah diperangkap macam tuh... Dato Mizal, Rizman dan Nadiya sangatlah kecewa... tuh yang Dato' Mizal excident dan meninggal. Ibu angkat dia plak tak boleh terima kematian Dato' Mizal dan jatuh sakit... memerlukan kaunseling dalam masa sama Datin Rosnaida ni dalam dia tak sedar dah terciter masa tuh bila si Nadiya ni pujuk ajak makan terdengar yang mak mertua ni cakap yang dia yang perangkap Qasya... bila dia nak cari farouk terdengar plak Farouk tgh bincang dengan Isabell nak bolot harta Dato' Mizal dan Tan Sri. ooo sebelum tuh Qasya telah di halau dari rumah oleh Farouk tetapi Rizman yang ada masa tuh tak mempertahan Qasya sebagai isteri dia.. tuh yang Qasya bawa diri ke KL ke rumah Tan Sri. _nasiblah korang tunggang langgang akak citer sbb ni yang akak ingat hihihi) ok sambaung citer Nadiya... Nadiya yang dengar perbualan Farouk dan Isabell telah menceritakan hal tersebut pada Rizman dan mereka keluar dari rumah tersebut pergi ke KL kerana risau akan keselamatan diri masing2. Rizman juga membawa ibu dia bersama ke KL.
haa sebelum tuh ada lagi tapi akak terus citerlah yer... nasiblah korang...
Qasyakan tumpang rumah Tan Sri.. dalam rumah tuh Qasya minta nak duduk bilik yang pernah dia tumpang dulu. rupanya dalam bilik tuh ada gambar arwah mak dia. Macam mana Tan Sri tau Qasya anak dia ... bila Qasya menangis mengadu pada arwah ibu dia yang dia telah dihalau oleh Rizman. Lepas tuh Qasya tengoklah video masa dia kecik2 masa tuhlah Tan Sri tau Qasya anak yang dia cari selama ni. Tan Sri bagi tau Nadiya adik dia ada dalam bilik tuh.. sekali dia masuk tgk Qasya.. masadia nampak Qasya dia terus minta maaf sbb dia salah paham pada Qasya... bila dia tanya Tan Sri mn adik dia? terus Tan Sri tunjuk Qasya... haaa masa tuh lah part paling sedih bila Qasya dan Nadiya berpeluk... sedih sgt time tuh...
so hari ni last episod yer... tak sabar nak tgk... apapun drama ni best buat masa ni utk tahun ni... hihihi.. akak bg 5 bintang ok...
so jangan lupa tgk mlm ni
kul 10 malam
TV3... sedia siap tisu ok.. xde lap kat lengan baju nanti ok.




tata

No comments:

Post a Comment