Wednesday 27 May 2015

Free Gift Ellfie Essence

Untuk makluman free gift Ellfie Essence Lipstik Kiss Proof dah habis yer. so akak ganti yg lain. so cepat sape nak order Ellfie Essence wassap 019-2782041. Free Postage seluruh Malaysia.



Ellfiraloy dan Beautifulnara pun dah review pasal ni. 
Cepat raya nak dekat. nanti raya muka pun dah cantik.
semua orang pun tertarik..


Monday 25 May 2015

Kenanganku bersamamu sahabatku

Ntah kenapa malam tadi belek2 hp... tgk gambar dalam IG terjumpa gambar kawan akak yang dah kembali kerahmatullah. Tiba2 terus sedih.. teringatkan anak2 dia. Alhamdulillah akak dapat jumpa dia di masa akhir2 hayat dia. Dapat mengiringi jenazah dia sehingga dikebumikan. bila teringat balik.... Allah sedihnya... 

Akak mengenali Zaitey ni semasa mula bekerja di KPM. Sama2 satu sektor dulu. yang menjadikan akak rapat dengan dia bila kami sama-sama mengandung. Akak mengandungkan anak no. 3 dan zaitey anak no. 2. kami selalu bertukar2 pendapat, idea dan barang2 keperluan baby. Kami juga sama-sama amik cuti bersalin. Masa tuh akak dah malas nak keje... sbb akak masa dulu dah overdue. Tapi takdir, Zaitey bersalin awal. Dia bersalin hari Selasa dan akak bersalin hari Jumaat. Selang beberapa hari je. 

Semasa dalam pantang, akak ada tanya khabar dia. Dia jawab dia x berapa sehat. Mula2 dia kata dia sakit perut. So Dr. ingat dia apendiks.. so dia operatelah Apendiks. tetapi sakit perut dia masih sama. Jadi dia telah diberi rawatan susulan dan didapati dimenghidap barah usus tahap 4.

Allah... bila dengar je berita tuh.. sedihnya Allah sahaja yang tau. dan sejak daripada itu di mula menjalani rawatan pesakit kanser di HUKM. Anak dia yang kecil tuh ditinggalkan di bawah jagaan ibubapanya.

Akak ada pegi melawat dia di rumah mak dia di Senawang. Selepas itu banyak berhubung bertanya khabar melalui telefon. Sehinggalah akak mendapat khabar dari kawan yang zaitey ada di HUKM kerana masih tidak sehat. Akak terus pegi melawat dia pada hujung minggu tuh. Allah.. melihat je dia.. akak terus sedih.. airmata dah bertakung tapi akak tahan tak mau menangis didepan dia. Zaitey yang akak kenal dulu sekarang kurus sekurus-kurusnya. Akak tanya dia kenal ke akak. alhamdulillah dia masih mengenali diri akak. masa akak ziarah dia.. dia lebih tido... so banyak bercerita semua suami dia. Masa akak nak balik akak cium dahi dia.. sbb akak dapat rasa Zaitey ni dah tak lama. akak nangis lepas tuh...

Balik dari ziarah Zaitey, akak terus wassap kawan2 opis akak. minta diorang pegilah tgk di di HUKM. Sbb keadaan zaitey masa tuh mmg bg akak x stabil. Minggu tuh mmg ramai kawa2 opis yang datang melawat sehingga di akhir2 hayat dia kami dapat buat bacaan yasin di opis buat beliau. Sehinggalah akak menerima wassap daripada kawan mengatakan Zaitey telah tiada.

Pagi tuh akak dah beberapa org rakan pegi ke senawang itu menziarah kali terakhir. Alhamdulillah... sampai je kami di senawang.. jenazah baru sahaj selesai disolatkan dan van jenazah hendak ke kubur dah masa tuh. akak terus follow van jenazah tersebut. ketika di kubur, semasa orang mengangkat penutup jenazah tiba2 tercium bau yang sangat harum. mulanya akak ingat akak sorang je yang bau. rupanya kawan akak pun sama. masa itu juga hujan turun keadaan sangat redup dan hujan turun renyai2. apapun semua telah dipermudahkan.

Kepada sahabatku Zaitey, bersemadilah kamu di sana dengan aman.


Masa ni gambar di masa Zaitey di akhir hayat dia.



Ini lah anak dia yang sebaya Rania. 3 Tahun 


Masa ni Zaitey datang opis amik barang dia dan selesaikan beberapa urusan di opis.


Zaitey masa keadaan masa sehat bersama anak sulung dia.


Zaitey Arayani bt Abu Bakar

Sunday 17 May 2015

Pelajar UiTM Digantung Kerana Selfie Di Pentas Konvokesyen

Haa 2/3 hari ini kecoh skit dilaman sosial media mengenai selfie di atas pentas masa nak terima skroll tuh. yang x sedap didengar pelajar tersebut telah digantung skroll dia kerana dikatakan melanggar etika majlis konvokesyen.

akak nak pesan skit ni.....nak selfie ni bertempat lah. jangan semua tempat korang nak berselfie. teruja macam mana sekali pun kita beringatlah. patutlah org kata selfie ni mmg blh memudaratkan orang. akak pun kadang menyampah kadang tgk org berselfie tak kira tempat ni. 

tapi pagi ni akak dengar berita di Hotfm, Naib Canselor UiTM meminta pelajar tersebut memohon maaf . apapun dik.. minta maaflah jelah. dah mmg salah awak pun. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik.



KUALA LUMPUR: Pelajar yang mengambil gambar selfie di atas pentas sewaktu majlis konvokesyen UiTM, Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21, dikenakan tindakan digantung pengajian sebagai hukuman atas tindakannya itu.

Memetik laporan Harian Metro, Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengesahkan graduan Diploma Fotografi berkenaan digantung untuk tempoh antara setahun hingga dua tahun selepas tindakan itu dikatakan memalukan UiTM.

“Tindakan dia memalukan UiTM, pelajar diberi penerangan dan garis panduan sebelum memasuki dewan termasuk larangan selfie di atas pentas. Dia sepatutnya menghormati majlis dan pensyarah yang meraikannya,” jelas beliau.

Friday 15 May 2015

Entry Bergambar

Entry bergambar untuk hari ini. jomlah tgk.. 


Ni gambar makan2 selepas majlis APC KPM 2014. Alhamdulillah rezeki akak. Akak salah seorang penerima APC tersebut. ni kebetulan kekawan ajak kuar makan2. Mula2 decide nak makan di Alamanda. Lepas tuh tak jadi. Diorang ajak makan kat Kelab Tasik Putrajaya. Terserempak plak dengan Timbalan Pengarah baru dan Ketua Sektor Perancangan Makro dan PA2 dia. 



Ni gambar masa balik dr Mines. Anak dara keletihan. hehehe.. masuk je keta terus tido. Abg Rayyan dah merengkot. Sian anak2 mama.



Rayyan tengah nak test Skuter dia. Pegi Mines beli Skuter dan Penny Board Adam. 


Tengok Rayyan study macam mana? ikut dan dia jer... nak baring ke nak berdiri ke nak duduk ke ikut dia. tp mostly dia suka baring. xpelah asalkan dia nak study.



Masa ni bawa anak2 main kat taman sebelaj Wisma Darul Aman di Kedah masa balik kampung. Beriadah petang2 sambil ronda2 Alor Setar.



Dah penat main ni cukai dia... Aiskrim... 



pegi Pendang nak pi pasar kemboja kat pendang. masa nak lalu tuh ternampaklah MANBAI IKAN BAKAR. Restoran kawan masa keje di Kedah. kami tak jadi pegi pasar kemboja tuh sbb ramai giler org.. parking pun xde.. lastly patah balik makan kat kedai MANBAI IKAN BAKAR ni. rezeki dapat jumpa member tuh. cantikan dia. apapun makan dia sedap2 belaka dan paling sedap tentulah ikan bakar dia.


riadah petang bawa anak2 mandi di swimming pool di Jade Hills. Masa ni anak dara berapa kali terjatuh dalam pool ni. Nasib Abg Adam dan papanya ada.. maknya dok tepi je.. amik gambar.

oklah ini sahajalah entry hari ini. selamat bercuti hujung minggu. x sabar ni nak jumpa abg adam yg baru balik dari kem di perlis tuh. nak dengar citer dia.

tata...




--------------------------------------------------------------------------------------------------------


haa korang dah order Ellfie blom...Elfiraloy dah cuba korang bila lagi.

wassap 0192782041

RM 120.00 SM
RM 130.00 SS

Free Postage dan Free Gift


Wednesday 13 May 2015

Entry Bergambar

Rindunya kat Adam... dia xde skrg ni.. pergi kem Kokurikum sekolah-sekolah Putrajaya di Perlis. Oklah jom tgk gambar. 


Masa ini bawa Adam pegi Alamanda makan kat Pizza Hut. Dia suka makan spagetti bolognese. Sori gambar mkn takde sbb masing2 dah lapar. hihih...


Masa ni hantar adam naik bas kat Sekolah Putrajaya Presint 11 (3). Semua peserta di kehendaki berkumpul di sekolah tuh untuk ke kem Kokurikum sekolah-sekolah Putrajaya di Perlis. Cik adik manis kat depan tuh mula2 oklah... lepas abg Adam dia naik bas, dia pun start dah buat hal. nak naik bas gak... so bg lah naik bas.. lepas tuh terus tak mau turun.. alamak... apalagi terus dukung bawa turun dari bas.... apalagi mengamuk sakanlah dia... sampai tak mau pegi school.. merajuklah kononnya...


haa ni masa makan kat Aroi Thai, Cyberjaya dengan kak dayang. boring tak tau nak makan mana. mkn kat opsi dah boring. so kita mkn luar... apa yg sedap kat Aroi Thai.. akak rasa sedap mee sup dia tuh dengan pulut mangga. lelain akak rasa biasa. Harga sepinggan RM1.90. tapi akak paling suka air nenas dia... sedap... tempat lain mana nak dapat air nenas... sini jelah yg ada pun...


Masa ni kumpul adik-beradik, akak belanja mkn2... alhamdulillah ada rezeki lebih. akak suka kumpul ramai2 macam ni. lepas tuh mula rancang percutian yg selalu tak jadi... hahaha... sbb taulah kan masing-masing bz. insyallah bln 6 ni nak ke Terengganu. Sepupu kahwin... so kira bercuti gaklah nanti...


ni gambar masa akak pegi besday party anak Cik Puteh Soraya (pakai tudung hitam tuh). Walaupun dia dah kahwin tetap nak panggil Cik. tak biasa nak panggil Puan. Kenal dia masa keje di ICU, Kedah dulu. yg lelaki duduk tuh dukung anak tuh Jasrul kawan masa keje ICU, Kedah juga. skrg dah keje kat Putrajaya. Sebelum tuh nak ucap tahniah kat Jasrul.. wife dia yg berdiri pakai baju pink tuh dah bersalin semalam 13.05.2015. akak pegi dengan rania je masa ni. yang lelain x mau ikut.


Adam masuk Coral Speaking wakil SKPP 18(1). Kononnya nak lah pegi tgk.. sekali ada acara larian kat putrajaya ni. di tutup jalan area P18 ni. Pertandingan buat kat Dewan Sri Wilayah, Kementerian Wilayah. Tapi xde parking sbb peserta larian parking kat area tuh. so penuh. Lastly balik umah je.


Rania kehausan minum air milo di kedai wajib singgah makan kalau balik Alor Setar, Kedah iaitu Kuey Teow Iman. akak masa ni dah kenyang sbb petang dah mkn mee tomyam.


ni kitaorg nak pegi Perlis. Ada 2 mision. 1. nak hantar Jubah2 kat Koleksi Fizwin dan 2. jalan2 di Padang Besar. Masa nak balik dari Padang Besar terserempak dengan kawan masa blaja Diploma dulu Hasra dan Azhar. Kecik je dunia nih. sebab lepas je habis blaja tak penah dah jumpa diorg berdua ni. bercinta dari blaja.

ok... ni saje entry bergambar buat hari ini.

tata...











Tuesday 12 May 2015

Cuti-cuti Malaysia ke Gambang, Pahang

Assalammualaikum... apa khabar? 
Lama x update entry...maaflah yer... x tau nak citer apa... so semalam kelebet2 galeri gambar nampak haa banyak gambar boleh buat entry.. dari kosong je blog ni...

oklah akak nak citer tentang bercuti ke Gambang, Pahang. 

Tempat : Bukit Gambang Resort City, Gambang, Pahang
Tarikh : 16-18 Mac 2015
Hotel : Carribean Bay Resort

 Kami bertolak pagi... dalam kul 9 dah kuar rumah sebab nak makan2 dulu sebelum bertolak gerak ke Gambang, Pahang.


Gambar Welfie dalam keta masa baru kuar rumah... lepas tuh HP letak dalam handbeg dah.. sbb akak ni pemalas lipas nak amik gambar.... hhihihi...



Haa masa ni baru sampai. dalam kul 11 lebih macam tuh. En Suami gi beli tiket. Kami Welfie di depan kaunter tiket tuh...  Kami amik Safari Park & Night Jungle. Harga macam di bawah. Rania free sbb tak capai ketinggian lagi.



Harga tiket Safari park dan Night Jungle



Masa ni dalam tram dah. Dalam tram ni mmg security betul.. sbb dia akan melalui tempat2 binatang seperti singa, harimau dan macam2 lagi lah.. (maaf akak dah lupa... hahahaha) apapun masa nak masuk ketempat binatang macam harimau tuh...dia ada 2 security check macam citer dinosours tuh. ada pagar letrik. Rayyan mmg excited lah sbb dia mmg suka citer dinosours so bila berada dalam tuh dia punya teruja + takut semua ada.. Rayyan ni penakut orang...


Ni masa dah penat pusing nak balik so nampak singa putih yang menjadi tredmark Bukit Gambang ni. nampak kat belakang tuh. Singa tuh tengah rehat2. Ada 3 ekor sebenarnya... Rania mana.. ntah akak pun x ingat dia kat mana.. ada kat depan tuh kot tgh duduk tgk singa tuh.. hihihihi


Ni masa tgh tgk show Night Jungle. Anak dara tuh meragam... nak macam2.. lepas tgk Night Jungle kami tgk Show.. So gambar show takde.. hihihi ada dalam kamera en suami dan adam. akak malas nak amik gambar dah time ni sbb rania dah mula merengek2... ada je x kena... penat kot..


ni citer keesokan hari nya.. hari mandi manda... ni masa baru lepas breakfast.. kat tepi tuh ada tempat main... so bg budak2 ni main puas2.. balik bilik salin baju mandi... terus ke tempat mandi...


ni gambar sebelum masuk nak mandi.... haa itu sahaja entry bergambar untuk hari ini... akak x citer details lah yer... banyak dah lupa... gambar pun ada sebenarnya tp ada dalam hp en suami... ooohhhh sebelum tuh nak bg tau.. percutian ni sebenarnya sempena besday Rayyan dan En Suami.

Rayyan : 24.03.2009
En Suami : 16.03.---- (hahaha x blh letak umur biasalah umur ni sensitip skit)

ok ni dulu entry untuk hari ini.

babai...

Tuesday 5 May 2015

Gloria Satin SuciRania


Assalammualaikum... 

hari ni nak perkenalkan dress cantik Gloria Satin SuciRania. Sangat sesuai untuk adik2 atau anak remaja sekarang kalau pakai. Ada tali pinggang. Material satin.










Harga
RM75.00 
(include Postage) SM
+ 5 for SS

Berminat

jom beli...
wassap
019-2782041


Monday 4 May 2015

Testimoni Ellfie Essence

Alhamdulillah dah terbukti Ellfie Essence ni mmg berkesan. Terima kasih yer mempercayai produk ini. ini adalah antara testimoni pengguna yang berpuas hati dengan Ellfie Essence.

















jangan ragu2 yer..
semua produk Ellfie ada sijil KKM


untuk order
wassap
0192782041
Free Gift

sape nak beli loose item Toner dan Cleanser punblh yer

Toner : RM55.00
Cleanser RM55.00

beli both Toner + Cleanser = RM100

* raya nak dekat.. nanti raya muka pun dah cantik...