Monday 25 May 2015

Kenanganku bersamamu sahabatku

Ntah kenapa malam tadi belek2 hp... tgk gambar dalam IG terjumpa gambar kawan akak yang dah kembali kerahmatullah. Tiba2 terus sedih.. teringatkan anak2 dia. Alhamdulillah akak dapat jumpa dia di masa akhir2 hayat dia. Dapat mengiringi jenazah dia sehingga dikebumikan. bila teringat balik.... Allah sedihnya... 

Akak mengenali Zaitey ni semasa mula bekerja di KPM. Sama2 satu sektor dulu. yang menjadikan akak rapat dengan dia bila kami sama-sama mengandung. Akak mengandungkan anak no. 3 dan zaitey anak no. 2. kami selalu bertukar2 pendapat, idea dan barang2 keperluan baby. Kami juga sama-sama amik cuti bersalin. Masa tuh akak dah malas nak keje... sbb akak masa dulu dah overdue. Tapi takdir, Zaitey bersalin awal. Dia bersalin hari Selasa dan akak bersalin hari Jumaat. Selang beberapa hari je. 

Semasa dalam pantang, akak ada tanya khabar dia. Dia jawab dia x berapa sehat. Mula2 dia kata dia sakit perut. So Dr. ingat dia apendiks.. so dia operatelah Apendiks. tetapi sakit perut dia masih sama. Jadi dia telah diberi rawatan susulan dan didapati dimenghidap barah usus tahap 4.

Allah... bila dengar je berita tuh.. sedihnya Allah sahaja yang tau. dan sejak daripada itu di mula menjalani rawatan pesakit kanser di HUKM. Anak dia yang kecil tuh ditinggalkan di bawah jagaan ibubapanya.

Akak ada pegi melawat dia di rumah mak dia di Senawang. Selepas itu banyak berhubung bertanya khabar melalui telefon. Sehinggalah akak mendapat khabar dari kawan yang zaitey ada di HUKM kerana masih tidak sehat. Akak terus pegi melawat dia pada hujung minggu tuh. Allah.. melihat je dia.. akak terus sedih.. airmata dah bertakung tapi akak tahan tak mau menangis didepan dia. Zaitey yang akak kenal dulu sekarang kurus sekurus-kurusnya. Akak tanya dia kenal ke akak. alhamdulillah dia masih mengenali diri akak. masa akak ziarah dia.. dia lebih tido... so banyak bercerita semua suami dia. Masa akak nak balik akak cium dahi dia.. sbb akak dapat rasa Zaitey ni dah tak lama. akak nangis lepas tuh...

Balik dari ziarah Zaitey, akak terus wassap kawan2 opis akak. minta diorang pegilah tgk di di HUKM. Sbb keadaan zaitey masa tuh mmg bg akak x stabil. Minggu tuh mmg ramai kawa2 opis yang datang melawat sehingga di akhir2 hayat dia kami dapat buat bacaan yasin di opis buat beliau. Sehinggalah akak menerima wassap daripada kawan mengatakan Zaitey telah tiada.

Pagi tuh akak dah beberapa org rakan pegi ke senawang itu menziarah kali terakhir. Alhamdulillah... sampai je kami di senawang.. jenazah baru sahaj selesai disolatkan dan van jenazah hendak ke kubur dah masa tuh. akak terus follow van jenazah tersebut. ketika di kubur, semasa orang mengangkat penutup jenazah tiba2 tercium bau yang sangat harum. mulanya akak ingat akak sorang je yang bau. rupanya kawan akak pun sama. masa itu juga hujan turun keadaan sangat redup dan hujan turun renyai2. apapun semua telah dipermudahkan.

Kepada sahabatku Zaitey, bersemadilah kamu di sana dengan aman.


Masa ni gambar di masa Zaitey di akhir hayat dia.



Ini lah anak dia yang sebaya Rania. 3 Tahun 


Masa ni Zaitey datang opis amik barang dia dan selesaikan beberapa urusan di opis.


Zaitey masa keadaan masa sehat bersama anak sulung dia.


Zaitey Arayani bt Abu Bakar

No comments:

Post a Comment