Wednesday 26 August 2015

Iron Philips PerfectCare Aqua Pressurised Steam Generator

Assalammualaikum...

Hari ini mood ada happy skit...
sbb semalam barang yg akak nak sgt dah sampai...
ini semua pengaruh kawan opis yang dah beli iron Steam from Tefal...
disebabkan harganya tidak mampu milik untuk dibeli secara cash...
akak pun buat main kutu nak beli Iron ni..
Tapi akak amik jenama Philips from Amway...
kenapa Amway?
sebab akak nak Iron Board dia tuh...
Iron board akak tinggal masa nak patah je. huuhuhu...
eh.. untuk makluman Iron board tuh free ok...
dah termasuk harga Iron board tuh...
tuh yg akak suka...
yang paling suka... bayar Selasa... rabu dah dpt...
pantas dan efisien giler amway ni...
ingatkan 2@3 hari lagi br dpt....

Malam tadi excited giler nak pakai...
bila dah pakai...
mmg best giler... sbb dapat mengurangkan beban akak ni hahahaha
hanya gosok depan sahaja ok dah licin..
menjimatkan masa dan tenaga sangat dah ni
akak suka... akak suka... akak suka....


Diorang call nak hantar tghari...
akak dah bg tau suh antar kul 6 ptg...
dia kata kebetulan dia ada kat area kawasan tuh so diorang nak antar terus..
xpelah sbb excited punya pasal..
balik umah... nasib waktu lunch hour....

masa buka kotak...



Jug untuk isi air dalam tempat iron tuh..
blh guna 4 kali untuk masukkan air dalam tuh

korang akan dapat buku manual ni juga

dia juga bg CD...
so blh tgk macam mana nak guna iron tuh dalam CD tuh
mmg sangat membantu
(blh juga tgk kat youtube)


nilah iron board dia..
besar ok...
akak suka....

yang ni iron board akak yg lama...
dah nak patah... huhuhuh


nilah iron board philips bila dah siap pasang

ni bila dah letak atas board tuh...
yg besar tuhlah tpt bubuh air tuh...


so malam tadi dapatlah menggosak dengan pantas ...
wah tak sampai setengah jap
10 pasang baju dah siap....

memang menjimat masa ...

oklah tuh je nak citer ari ni...

tata...

















Tuesday 25 August 2015

Entry Bergambar

Assalammualaikum....


cakkkk..... lama  tak update....

tak kemana ada je... nak kata bz tak juga...
ntah le mood nak menaip xde...



oklah hari ni korang tgk gambar jelah ok...

mood tak mai lagi....

.
.
.
.
.
.


ni citer sabtu lepas... main kat Taman Pancarona P18
main tghari buta... sbb menunggu abg Adam habis main futsal...
tuh muka Rania kepanasan sbb tpt mainan tuh panas.... hahahaha


kemain lagi berpegang tangan Rania dengan Rayyan...
masa ni bg diorg main kat bawah pokok kutip biji2 yg jatuh dari pokok tuh...
biji apa.. ntah le akak pun tak tau... hihihi

Ini budak kuat 'pau' orang...
asal kuar je adalah benda yang dia minta...
hari-hari nak mainan....
kalu kedai RM2.00 ECO takpelah juga..huhuhu
boleh bankrap mak ko ni dik...


alolo... kemain muncung mulut tuh...
mood mariiii nak pakai telekung...
telekung tuh beli lama dah...
tapi anak dara ni tak mau pakai....
ntah nape malam tuh... elok dia nak pakai plak...


maaplah gambar kelabu asap..
masa ni hp akak dah start problem sebelum akak format...
ni si abg ngajar adik ngaji...
padahal abg pun tak lepas ngaji lagi...
hihihi....

masa ni nak pegi sekolah pagi..
mood Rayyan tak dtg lagi...
suh bangun tak mau penat katanya...
tak taulah apa yang dia penat pagi tuh...


ni satu lagi gambar anak dara....
pakai tudung beli kat Jln Tar...
cantik tudung ni beli lama dah jg...
mood nak pakai dia takde lagi..
tapi skrg alhamdulillah nak pakai tudung dah...
lepas akak bawa dia gi teman abg adam n rayyan ngaji...
skrg ni ... pakai gaun pun nak pakai tudung...
tak tutup aurat dik oii...


ni gambar masa open house umah Datin Haryati (tiga dari kiri)...
tiap2 tahun mmg nak pi je open house umah dia(klau dapat jemputan arr)
 sbb kambing golek dia sedap..
tapi pada hari tuh kambing tak siap bakar lagi...
sbb jalan jem katering dia lmbt...
so kami mkn dlm umah apa yg ada dulu...
kempunan kambing bakar thn ni... hhuhuhu....


ni gambar masa kenduri Akikah anak sepupu Dr Shamil (duduk depan akak pakai baju warna gold tuh)

oklah tuh jelah...
jumpa lagi

tata...





Wednesday 19 August 2015

Gaji Gomen Dah Masuk?

Assalammualaikum


hai korang... lama x buat entry.. 

tiba-tiba entry harini pasal gaji hahahaha
nampak beno rindu gaji...

pagi ni kecoh kat opis kata MOF dan KSM dah dpt gaji..
apa lagi terus memasing buka internet check bank masing2...
skali... nan hadoooo...
rezeki diorg dpt awal..

ooo gaji .... ku rindu...

Thursday 13 August 2015

Amalan Hari Jumaat

Assalammualaikum...


Hari jumaat ni merupakan penghulu segala hari, 
Hari ni akak nak share beberapa amalan yang elok diamalkan pada hari Jumaat. 

1 : Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”


2. Membaca Surah Al-Kahfi. 10 Ayat pertama dan 10 Ayat terakhir.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

3. Selawat
Mengucapkan Selawat Ke atas Nabi s.a.w. Berselawat sekali ke atas Nabi, Allah Taala memberi rahmat 10 kali ganda. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksid: “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.(HR.Al-Baihaqi) Allah Taala juga ada berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)”. (QS.Al-Ahzab:56)
4. Membaca Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah
5. Mandi Sunat Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.” Dan sebuah hadith daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu. (Muttafaq alaih)
Manakala sebuah lagi hadith yang menerangkan tentang mandi sunat hari Jumaat adalah sebuah hadith daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama. (HR.Imam Abu Daud dan Tarmidzi).
6. Solat Jumaat. Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur. Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.”
8. Doa
Berdoa Bersungguh-sungguh. Majoriti ulama’ berpendapat bahawa makbulnya do’a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua. Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar. Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdo’a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan do’anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan. (HR.At-Tirmidzi).
Sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan”. (HR.Al-Bukhari dan Muslim)

8. Banyakkan Bersedekah.
Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya. Ibnu Qayyim berkata: Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya. Hadis dari Kaâab menjelaskan: Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.
Sedikit amalan yang dapat akak share untuk hari ini.
Jom kita amalkan dan kumpul pahala.
InsyaAllah
Ameen..


Tuesday 11 August 2015

Sedih

Assalammualaikum...






lagi bertambah sedih bila dapat customer bagi duit macam ni...
bukan nilai duit tuh yang dipandang..
tapi sikap customer ...
kami ni pencari rezeki tambahan untuk keluarga..
jgn buat kami macam ini...
kami COD terus ke rumah
bagi yang servis terbaik buat customer...
tapi ini adalah salah satu contoh bagaimana  customer amik kesempatan ke atas kami pencari rezeki tambahan..
hanya Allah yang tau betapa sedihnya..





Monday 10 August 2015

Reunion SMKRPK '97

Assalammualaikum...


Hari ni nak citer pasal reunion sekolah...
Sesi ni kami buat di IOI Mall Putrajaya je...


masa ni kehadiran tak memberansangkan sbb kebetulan dah last minit ramai tak blh join...
tapi kami tetap teruskan juga walaupun tak ramai
janji dapat jumpa kekawan yang dah berbelas tahun tak jumpa..
ini pun jumpa yang ada di KL je...

SMKRPK?

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom.
Sekolah ni terletak di Kuala Kangsar, Perak.
oo reunion ni untuk kelas 5 EA2 (Ekonomi Asas 2)

oklah jangan tunggu lagi jomlah tgk gambar mana yang ada...
apapun gambar tak banyak sbb kebetulan hp akak problem hari tuh tak blh nak amik gambar. HP si zayra plak xde bateri sama dengan maksue.. harapkan hp si Oney dengan kawan maksue je...




5 orang je daripada 8 yang kata dapat hadir..
xpe.. 5 pun dah ok..
itu pun dah meriah...

dari kiri :- Zayra, Oney dan Maksue

dari kiri : akak comel dan Intan



terima kasih kekawan yang dapat hadir...
semoga ukhwah persahabatan kita kekal sehingga akhir hayat ...

ok tata..





Sunday 9 August 2015

Resepi Periuk Noxxa : Ayam Kicap

Assalammualaikum...

Hari ni akak share resepi Ayam Kicap Noxxa.. 


Bahan-bahan :-
1. 700g ayam dipotong kecik gaul dengan garam dan kunyit
2. bawang merah 2 sebiji dihiris
3. bawang putih 3 biji dihiris
4. halia 1 cm dihiris
5. kicap
6. air
7. bawang merah besar 1 biji dihiris
8. cili merah /hijau sebiji
9. garam
10. Lada Hitam / lada puith (optional)
11. Minyak menumis

Cara-cara :-
1. Setkan Periuk Noxxa kepada " Stri-Fry" mode. Masukkan minyak. Dah panas goreng ayam sehingga separuh masak.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih dah halia yang telah dihiris.
3. Setelah agak layur dan garing, masukkan bawang besar dan cili dihirs dan kacau hingga sekata.
4. Masukkan kicap, air, garam dan lada hitam/putih(opitional). (klau nak kuah byk blh masukkan air lebih) Offkan Periuk Noxxa.
5. tutupkan tudun gperiuk dan setkan pada "steam" mode selama 5 minit.
6. Selepas 5 minit, release steam dan buka berhati-hati. 

ok siapkan Ayam Kicap Noxxa

Kredit kepada Pn Lenny Marlynna.

so balik leh cuba ye ..

tata..

Thursday 6 August 2015

Resepi Periuk Noxxa

Assalammualaikum...

sejak akhir-akhir ni... akak perasanlah...
banyak dah org share resepi periuk Noxxa.
mak akak ada periuk Noxxa tuh. dia tak reti guna..
beli dah lama dah..
lastly akak pun amik konon nak pinjam nak guna..
trylah google cara guna.. tapi akak pun masih x reti guna..
lastly buat rebus nasi himpit jer... hihihi

tapi dengan adanya resepi ni...
insyaAllah ramai kat luar sana pun tak sabar nak cuba betul tak?
apapun kita share dulu resepi...
akak akan cuba buat 1 hari 1 entry resepi periuk noxxa ni ok!!!
sape yang dah berjaya ikut resepi tuh sila bg tau...




Asam Pedas Tenggiri Noxxa

Bahan (dikisar)
9 ulas bawang merah
5 bawang putih
4cm lengkuas
2cm halia
2cm belacan

1 sudu besar penuh cili kering dikisar/lada giling
Daun kesum
1 bunga kantan
1 sudu pati asam jawa (dicampur dengan 3 cawan air)
4 ketul ikan tenggiri (ikan apapun blh)
sediki minyak untuk menumis
garam
perasa makanan

Cara-cara :-
1. setkan periuk Noxxa pada "Stir-fry" mode. Masukkan minyak dan tumis cili kering bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak.
2. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan air asam jawa. kacau hingga sebati. Masukkan ikan tenggiri. masukkan garam dan perasa. Tutupkan periuk.
4.Setkan pada "Steam" mode selama 5 minit.
5. Release staem dan buka periuk dengan berhati-hati.
6. Asam pedas siap dimasak.

kredit kepada pemberi resepi :- 

 so apa lagi.. balik ni sila cuba sape yang ada periuk noxxa tuh ok.



Selamat mencuba

tata..

Jamuan Hari Raya Office 2015

Assalammualaikum ...


hari ni share citer jamuan raya opis Isnin hari tuh..

gambar dr photographer dan wassap dah dpt...

so marilah kita update apa yang patut...

Hari tuh...
unit akak kena buat Puding/Dadih.
so kami decide buat sorang skit.
mula2 nak tempah...tgk dalam gambar kemain cantiknya..
sekali ala kecik je pudingnya tapi harga RM20.00.
so terus memasing decide buat sendiri
ada yang buat puding ada yang buat dadih.
dadih kena buat 50 cup.
so akak decide buat dadih strawberi.
untuk makluman itulah pertama kali dalam hidup akak buat dadih...
lepas decide je.. terus google cara2 nak buat dadih..
balik umah buka plak youtube tgk cara buat dadih..
padahal senang je... tapi sbb tak konfiden nak masak untuk org ni sanggup akak google sana google sini hihihih lawak plak rasa..
sampai dalam wassap group ada yg tanya nak pakai cawan macam mana nak sukat..
nampak tak disitu memasing pun tak pandai buat ... hahahaha
lepas je bos wassap gambar puding caramel dia.. 
waaa terus kami terkagum2 plak..
terus excited nak buat....
mcm ntah apa-apa je...
padahal nak buat dadih je pun....


Sebahagian daripada unit akak...
ramai yang takde..
makan kot...

ni bos akak buat kek caramel 
sedap bak hang...

bos siap buat 4 jenis lagi
sedap bos.. lepas ni nak tempah boleh ke? kihkihkih

ni pun bos buat gak..
puding oreo

ni kak dayang buat
puding tembikai (tapi xde rasa tembikai pun rupa je cam tembikai) 
dan puding mangga

nilah dadih yang kitaorg buat
beraneka warna...
rupa cantik dah...
rasa belum tentu lagi...hihihi


kat depan gerai...
simple je kami deko..
sbb masing xde idea.... hihih

konsep dia hari tuh take away
dah siap2 bungkus...

kambing bakar pun ada


disebab gayanya take away..
kawan akak decide memasing bawa paper beg je..
hahaha..
lalu je masuk dalam paper beg...
sbb kami je yg buat cam tuh... kihkihkih
org lain pakai tangan je...
lepas tuh baru ada orang ikut bawa beg n paper beg...

pada hari kejadian akak hanya makan
nasi tomato, sate  dan kambin gbakar jer...
lelain takleh masuk dah kenyang..
so simpan bawa balik hihih
ooo akak mkn juga kuih taik minyak... 
sedap ya ampun...
siap tapau bawa balik..
MIL makan pun kata sedap...


dah selesai makan ada acara ok...
acara potong kek besday dr bulan januari hingga ogos..


ada juga acara pemberian duit raya..
dalam acara ni.. pihak pengurusan akan sediakan duit raya
RM1.00, RM5.00, RM10.00 dan RM50.00
sape dapat RM50.00 tuh bertuah hoi...


akak dapat RM1.00
tak luck.. hihihi



nampak je photographer tala kamera dia kat akak terus akak tunduk
hihihi... 

p/s: ada tanya lagi...
tudung beli mana?
hihihi

tudung tuh instant jer..
beli di bangi sentral gak
di Dewanie
Butik dia kat atas Iman butik
best juga pakai akak suka sbb ada lace.. mmg cantik.
Harga RM55.00

ok tuh je raya opis akak

tata...