Thursday 6 August 2015

Resepi Periuk Noxxa

Assalammualaikum...

sejak akhir-akhir ni... akak perasanlah...
banyak dah org share resepi periuk Noxxa.
mak akak ada periuk Noxxa tuh. dia tak reti guna..
beli dah lama dah..
lastly akak pun amik konon nak pinjam nak guna..
trylah google cara guna.. tapi akak pun masih x reti guna..
lastly buat rebus nasi himpit jer... hihihi

tapi dengan adanya resepi ni...
insyaAllah ramai kat luar sana pun tak sabar nak cuba betul tak?
apapun kita share dulu resepi...
akak akan cuba buat 1 hari 1 entry resepi periuk noxxa ni ok!!!
sape yang dah berjaya ikut resepi tuh sila bg tau...




Asam Pedas Tenggiri Noxxa

Bahan (dikisar)
9 ulas bawang merah
5 bawang putih
4cm lengkuas
2cm halia
2cm belacan

1 sudu besar penuh cili kering dikisar/lada giling
Daun kesum
1 bunga kantan
1 sudu pati asam jawa (dicampur dengan 3 cawan air)
4 ketul ikan tenggiri (ikan apapun blh)
sediki minyak untuk menumis
garam
perasa makanan

Cara-cara :-
1. setkan periuk Noxxa pada "Stir-fry" mode. Masukkan minyak dan tumis cili kering bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak.
2. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan air asam jawa. kacau hingga sebati. Masukkan ikan tenggiri. masukkan garam dan perasa. Tutupkan periuk.
4.Setkan pada "Steam" mode selama 5 minit.
5. Release staem dan buka periuk dengan berhati-hati.
6. Asam pedas siap dimasak.

kredit kepada pemberi resepi :- 

 so apa lagi.. balik ni sila cuba sape yang ada periuk noxxa tuh ok.



Selamat mencuba

tata..

No comments:

Post a Comment