Wednesday 16 December 2015

Yea!!! Menang

Yea!!! JPN menang tempat ke-3... alhamdulillah hasil usaha semua...
entry sebelum ni akak ada cakap yg tempat pertama dapat RM300,000.00 sebenarnya salah. Rupanya total hadiah RM300,000.00 di bedak2 kepada semua pemenang. So senarai pemenang seperti berikut :-

1. ICU JPM - RM150,000.00
2. SPA -RM100,00.00
3. JPN - RM50,000.00


Separuh daripada team myIDENTITY


pemenang... maaflah gambar gegar.. tangan masing2 dah jadi parkson time ni.. hahaha sonok sgt lah tuh... lelaki yg pegang frame sebelah pompuan belah kanan tuh ex-bos masa keje kat ICU Kedah dulu. dah dapat title Dato' pun.. tahniah Dato' Hadzir.


Masa ni PM singgah booth kami. ni Datin Elena tgh bagi cenderahati pada dia gambar2 yg ada dalam IC dia.


Gelak beso KSN ko... suka dia tgk gambar2 dia tuh... 


Masa ni tengah lepak blkg booth mkn keropok masa tgh tggu VVIP.

apapun sonoklah semalam... dapat goodies kat booth2 yg ada. 


ni lah hasil rembatan goodies semalam. paling best dapat Powerbank n USB... best2 akak suka... terima kasih.

oklah tata

Tuesday 15 December 2015

Simpan RM5 dan RM20

Assalammualaikum...

Hari ni akak ada event kat PICC. Tapi akak pegi ptg sbb kena jg booth gilir2 bos suh jaga... dah lah petang katanya PM nak melawat booth... hhmmm takpe bos kata dia dgn Datin akan ada. ok bagus.. akak takut n pemalu hahahaha
Alhamdulillah Anugerah Inovasi ICT (AIICT) yg opis akak masuk menang... katanya nak umum hari ni. Tapi dah ada soalan bocor. Opis akak dapat tempat ke-3. Alhamdulillah tahniah pada semua pemenang.. Katanya juga dapat RM50,000. wow kita enjoy!!! hahahaha macam duit tuh masuk poket ko Qema.... mulalah semua berangan nak wat apa dengan duit tuh... Tempat pertama lagi lumayan korang... RM300,000.00 dan tempat ke-2 RM100,000.00. perghhh lumayan kan.. apapun berbaloi dengan usaha semua... 

oklah nak citer pasal cara menyimpan akak.


nilah hasil akak menyimpan note RM5.00 dan RM20.00 tapi yang ini selama 6 bln sahaja. Alhamdulillah ada RM1,800.00. tuhpun ada gak terguna kihkih tapi takdelah byk mana pun. Akak mmg disiplin diri jumpa je note RM5.00 dan RM20.00 terus ketepikan dan simpan. ni semua bila akak tertengok kat FB ada orang share pasal dia suami isteri buat simpanan macam ni selama hampir setahun dapat dalam RM3K macam tuh. tuh yg akak try. wow!!! tuh yang akak rasa nak cuba... dan alhamdulillah dalam 6 bln nilah hasilnya. Duit tersebut juga dah selamat akak simpan dalam ASB dan guna untuk perbelanjaan persekolah anak2. 

akak ada juga buat simpan dengan cara tolak gaji.. so dengan cara tuh tak terasa sangat juga. tapi ni ada salah situ tips menyimpan akak dengan suami. walaupun dah tolak pada gaji. kami akan pasatkan setiap bulan kami tolak simpan dalam RM250.00 sorang. so total bila dah campur akak dan suami dah jadi RM500.00. dengan duit ni lah juga akan ketepikan guna time perlu. Contoh :- baiki keta ke (kalau keta rosak), bil yg ntah tiba2 ada cth cukai pintu - yelah kekadang kita telupa pasal cukai pintu ni, emergency kena jalan jauh ke, dan macam2 lagi. tapi selalunya tak habis RM500 tuh, carry forward ke bulan depannya dan seterusnya... so perbelanjaan persekolah anak2 pun banyak guna daripada ni. so takdelah istilah nak beli barangan semua tggu gaji. alhamdulillah...  

apapun di zaman semu barang naik dan dengar citer TOL PLUS pun nak naik... pandai2lah kita berjimat cermat. but plss arr jangan nak kata klau taknak bayar tol sila kuar awal guna jalan biasa takde tol.. mmg akak hangin statement macam ni.. statement org bodoh... ingat ye.. golongan pertengahan macam akak ni takde dapat apa2.. nak minta BRIM.. hhmmm jauh skalilah BRIM ni.. 

oklah malas nak bebel panjang lebar. 

ok tata

Monday 14 December 2015

Selesai separuh barang sekolah

Assalammualaikum.

Selamat hari selasa korang.... korang dah beli barang sekolah anak2? alhamdulillah akak dah settle baju sekolah. hari ni settlekan buku sekolah plak. Untuk tahun 1 dah settle cuma ada 2@3 buku je lagi takde... untuk Tahun 6 akak beli buku tulis je dulu... buku kerja semua xde lagi.. biasalah Tahun 6 ni tahun pertama KSSR so selalu lambat dan boleh dikatakan setiap tahun buku Adam ni xde lagi.


ni senarai buku Rayyan yg perlu dibeli


Di zaman barang semua naik ni kenalah pandai jimat cermat. So mingu lepas beli barangan sekolah anak2 kat Dengkil jer. Amik cuti 1 hari sbb malas nak bersesak dengan orang ramai. Alhamdulillah x ramai orang pun.. pegi pun dalam kul 11 pagi macam tuh. harga pun ok murah juga. sehelai baju putih budak lelaki klau paling kecik RM8.90. so pepandailah pilih. Beg, seluar trek suit, baju dalam budak lelaki, seluar dalam, stokin pun semuanya beli kat situ. malas dah akak nak jalan2 dah tempat lain. Alat tulis je lagi tak beli lagi. InsyaAllah hujung minggu ni nak settlekan.

Hari ni masa beli buku sekolah pun akak tak beli semua buku tulis. Sebab Adam buku tulis lama-lama banyak lagi. so select beli ikut keperluan sahaja. so minggu ni boleh balut buku. 


En suami tengah asing buku2 tulis yg elok boleh digunakan lagi


Buku tulis tahun lepas yg elok tak guna lagi. So jangan membazir guna balik beli yang perlu sahaja.


Minggu depan pendaftaran KAFA. so insyaAllah nak settlekan juga yuran KAFA. Duit imbuhan kakitangan awal RM500.00 dapat 4hb Januari 2016 lambat lagi. takpelah pakai dulu mn ada. 

Sebab tuh zaman sekarang kena jimat cermat dan kena menyimpan. Nanti akak share tips menyimpan akak. alhamdulillah 2 thn dah amal takde dah rasa sesak seperti sebelum ni. hihihi.. dulu tak pandai manage.. biasalah kan...

oklah tata

Sunday 13 December 2015

ELLFIE ESSENCE LIMITED EDITION

Assalammualaikum

Hari ni akak nak memperkenalkan set Ellfie Essence yang terbaru. Set ini limited edition. Maksudnya tidak akan dikeluarkan lagi selepas ini. Konsep dia sape cepat dia dapat. Set ini sesuai lah sangat kepada pengguna tegar Ellfie juga kalau nak bagi hadiah atau buat set hantaran. packaging dia mmg cantik. Jom tgk apa dia Set Limited Edition ni.

Ingredients dia masih sama cuma 

Ingredients 
 1. Cleanser 100ml
2. Toner 100ml

3. Day Cream 12g
4. Night Cream 20g
5. Gold Serum 3 Botol 3.5ml

*beserta kotak khas Ellfie 

*Free 1 Notebook Ellfie




Harga

RM280.00 SM
RM290.00 SS

Murah sgt ok. Berbaloi beli.. so apa lagi jom cepat2 grab yer. Stok sangat limited ok. Sape cepat dia dapat.


Wassap 019-2782041

COD : Putrajaya - Bandar Baru Bangi - Kajang - Balakong - Serdang - Seri Kembangan - Bandar Tun Hussien Onn - Bandar Mahkota Cheras (weekend shj) 

Friday 11 December 2015

Kena datang opis hari ni

Akak ada kat opis pagi... kena hantar semula keje yang dah akak emel semalam pd 1 agensi ni.. diorg kata tak terima plak.. adoi... dah lah suh antar sblm kul 9.30 pg.. akak relaks je kul 9.15 baru kuar umah. sampai opis tgk bos besar pun ada... call desinger tuh br nak tgk fail akak hantar semalam. bagi tau nanti call balik tapi tunggu punya tunggu x call2... awat lama sangat nak tgk design backdrop. dalam format .pdf je pun... call lagi skali rupanya baru sampai opis dia. sabarrrrrrr.... tadi bukan main lagi agensi ni kata suh hantar kul 9.30 pagi... ni yg buat darah akak menyirap jer... tapi sabar.... selalu macam tuh... last minit minta tapi dan2 tuh gak tuh nak nya.. hhmm akak ni jenis lantak ko nak ko tggu.. nak push2 org... ee geram plak rasa... sabar...

hahaha brp byk sabar kan...gitulah adat bekerja...
oklah nak tggu dorg ni call lagi... cepat siap cepat balik... akak ni dah lama x sehat pening kepala dah kat seminggu... yg pelik siang je peningnya.. mlm ok plak.. nak suh cutilah tuh.. kuakuakua...

ok tata