Tuesday 15 December 2015

Simpan RM5 dan RM20

Assalammualaikum...

Hari ni akak ada event kat PICC. Tapi akak pegi ptg sbb kena jg booth gilir2 bos suh jaga... dah lah petang katanya PM nak melawat booth... hhmmm takpe bos kata dia dgn Datin akan ada. ok bagus.. akak takut n pemalu hahahaha
Alhamdulillah Anugerah Inovasi ICT (AIICT) yg opis akak masuk menang... katanya nak umum hari ni. Tapi dah ada soalan bocor. Opis akak dapat tempat ke-3. Alhamdulillah tahniah pada semua pemenang.. Katanya juga dapat RM50,000. wow kita enjoy!!! hahahaha macam duit tuh masuk poket ko Qema.... mulalah semua berangan nak wat apa dengan duit tuh... Tempat pertama lagi lumayan korang... RM300,000.00 dan tempat ke-2 RM100,000.00. perghhh lumayan kan.. apapun berbaloi dengan usaha semua... 

oklah nak citer pasal cara menyimpan akak.


nilah hasil akak menyimpan note RM5.00 dan RM20.00 tapi yang ini selama 6 bln sahaja. Alhamdulillah ada RM1,800.00. tuhpun ada gak terguna kihkih tapi takdelah byk mana pun. Akak mmg disiplin diri jumpa je note RM5.00 dan RM20.00 terus ketepikan dan simpan. ni semua bila akak tertengok kat FB ada orang share pasal dia suami isteri buat simpanan macam ni selama hampir setahun dapat dalam RM3K macam tuh. tuh yg akak try. wow!!! tuh yang akak rasa nak cuba... dan alhamdulillah dalam 6 bln nilah hasilnya. Duit tersebut juga dah selamat akak simpan dalam ASB dan guna untuk perbelanjaan persekolah anak2. 

akak ada juga buat simpan dengan cara tolak gaji.. so dengan cara tuh tak terasa sangat juga. tapi ni ada salah situ tips menyimpan akak dengan suami. walaupun dah tolak pada gaji. kami akan pasatkan setiap bulan kami tolak simpan dalam RM250.00 sorang. so total bila dah campur akak dan suami dah jadi RM500.00. dengan duit ni lah juga akan ketepikan guna time perlu. Contoh :- baiki keta ke (kalau keta rosak), bil yg ntah tiba2 ada cth cukai pintu - yelah kekadang kita telupa pasal cukai pintu ni, emergency kena jalan jauh ke, dan macam2 lagi. tapi selalunya tak habis RM500 tuh, carry forward ke bulan depannya dan seterusnya... so perbelanjaan persekolah anak2 pun banyak guna daripada ni. so takdelah istilah nak beli barangan semua tggu gaji. alhamdulillah...  

apapun di zaman semu barang naik dan dengar citer TOL PLUS pun nak naik... pandai2lah kita berjimat cermat. but plss arr jangan nak kata klau taknak bayar tol sila kuar awal guna jalan biasa takde tol.. mmg akak hangin statement macam ni.. statement org bodoh... ingat ye.. golongan pertengahan macam akak ni takde dapat apa2.. nak minta BRIM.. hhmmm jauh skalilah BRIM ni.. 

oklah malas nak bebel panjang lebar. 

ok tata

No comments:

Post a Comment