Sunday, 21 February 2016

Soft Matte Lips by Fame Cosmetics

Assalammualaikum..

Hari ni akak nak promote Soft Matte Lips by Fame Cosmetics. Lipstik ni dikeluarkan oleh 3 blogger Filla, Elly dan Peej. Lips ni sangat senang di pakai kerana teksturnya creamy dan sangat senang di pakai.



Ada 5 pilihan warna :-
001 Candy
002 Nude
003 Desire
004 Party
005 Fushia

001 Candy (warna paling hot selling setakat ini)

 002 Nude

 003 Desire

 004 Party

005 Fushia

Harga plak terlajak murah uoalllsss

RM29.00
RM6.00 Postage

Beli lebih daripada 5 free postage

COD:
Putrajaya - Bandar Baru Bangi - Kajang - Balakong- Bandar Tun Hussien Onn - Serdang - Seri Kembangan - UPM - UKM - UNITEN - KPTM Bangi.

wassap 019-2782041

Eh! ada lagi... sape nak jadi agen Fame boleh contact akak yer.. Akak stokis KL - Putrajaya. Jom- jom buat duit dengan Fame ok...

Sunday, 14 February 2016

Lamanya Cuti

Hai korang... cuti CNW pi mana? akak keje 1 hari jer. Hari Rabu. Khamis n jumaat dah cuti sebab rania masih tak sehat. best woo cuti lama2 dok umah. Hari ni nak datang keje pun malas... tapi tetap lah bangun awal sbb nak wat bfast kat budak2 ni. Ala bfast simple jer mee goreng. tuh pun sebab nak bg Rayyan bawa bekal kang dia berzikir kata mama tak buat bekal kat dia.

Minggu ni dah start latihan sukan sekolah. So sekolah pagi tak perlu pakai baju sekolah biasa tuh pakai baju sukan je. tapi kelas kafa tetaplah kena salin baju sekolah tuh... Nasib skrg sekolah putrajaya dah tetapkan baju kafa sama dengan baju sekolah pagi. Jimat duit mak bapak. 

oklah nak sambung keje. programming x siap lagi.. waaaaa... 

ok tata

Tuesday, 9 February 2016

Kenangan Lalu... Al-fatihah

Seronok budak2 sekolah cuti lama sempena Chinese New Year ni. Cuti ni akak ke Bagan Lalang je.. saje lepak2 lps tuh buat mkn2 bbq. Takde apa yang best sgt pun.. sbb Rania pun x sehat. selesema dan demam. tapi lately ni, Rania kerap demam. Demam bila dia batuk dan selsema. risau gak... Tp alhamdulillah smlm demam dah xde tapi batuk plak.. 

Sebenanrnya akak masih dalam keadaan terkejut. Lately ni banyak dapat berita kematian orang2 yang penah rapat dengan akak. Ahad petang ari tuh masa tengah lepak kat dalam bilik sembang2 dengan adik ipar, akak dapat berita seorang kawan akak ni meninggal. Sebab arwah ni baru je messenger akak dalam 1@2 minggu sblm ini. Kawan akak bg tau dia meninggal sebab jantung. Umur kira muda lagi baru 36 tahun. Anak2 kecik lagi.

Sebenarnya arwah ni Ex-BF akak dulu. Kami penah teserempak di Wangsa walk kat FOS. Masa ni akak nak terlanggar dia. Akak sembang skit2 je yelah dia dengan family dia akak plak dengan kakak dan adik2 ipar akak. Nak jadi citer, dia penah add akak kat messenger tapi akak tak install messenger masa tuh. tiba2 awal tahun ari tuh akak saje gatal tangan install balik messenger akak tgk ada a fews kawan2 lama add akak termasuklah arwah. So mlm tuh kami sembang2lah.. Arwah ada 2@3 kali minta no hp akak. tapi akak tak bagi. paham2 lah masing2 dah bekeluarga. jadi akak tak maulah. Rabu minggu lepas dia ada messenger akak lagi konon2 ajak lunch. tapi akak balas akak nak urus anak2. 

Sebenarnya, masa kami sembang malam tuh dia banyak kali tanya akak kenapa kami clash dulu. ala bercinta umur 15 tahun huhuh... akak bg tau .. akak pun tak tau.. maybe takde jodoh.. cuma dia bg tau dulu banyak kali bagi surat n telefon tapi tak penah dapat cakap dengan akak. Rupanya barulah akak tau sebab apa. Rupanya arwah selalu suh adik akak yang lelaki bg surat kat akak tapi adik akak tak bg kat akak tapi bagi kat arwah Abah akak. dia kata apa lagi bila nampak adik akak bagi kat arwah abah dia pun litang pukang lari. Kalau telefon plak mmg tak penah dapat ckp sbb adik akak mmg tak penah bg pun.. kalau tanya xde salah nombor. so dari situ akak dengan dia putus.. sbb mmg macam tuh je xde apapun..

akak penah teserempak dengan dia masa akak nak kahwin. Akak jemput dia datang kahwin akak. tapi tak tau lah dia datang ke tidak sbb tak nampak pun. Nama dia plak sama dengan nama husband akak skrg. huhuhu apapun semua tuh dah jadi kenangan untuk akak.

Cuma.. akak masih dalam keaddan terkejut sbb yelah baru beberapa hari je dia messenger akak tengok2 dia dah meninggal. So smlm ada gaklah kekawan mana tau akak penah kawan dengan dia tanya tau tak dia dah meninggal. 

Akak mendoakan semoga aAllah ampunkan dosa2 dia dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Semoga wife dan anak2 dia tabah.

Al-fatihah.
 

Monday, 1 February 2016

Pergi

Baru-baru ni akak dikejutkan dengan berita sedih. Kawan masa belajar dan juga kawan baik husband akak telah pulang ke rahmatullah rabu lepas. Meninggal sebab excident motor masa nak pergi keje.

Masa husband akak bg tau, rasa macam tak percaya je.. lebih sedih bila husband akak bg tau, kawan diorg ni kebetulan lalu depan rumah arwah malam tu. Malam tuh ada kenduri arwah. dia wassaplah tanya nape ramai orang kat rumah ko ni? ada kenduri apa? 

Member tuh punyalah terkejut bila tau kawan tuh dah arwah. Kenduri tuh plak kenduri arwah kawan dia. Sedih sgt memasing. Tengok husband akak pun sedih je.  Apapun semoga Allah ampunkan dosa-dosa dia dan ditempatkan dikalangan orang beriman. 

Al-Fatihah.


Wednesday, 27 January 2016

Terima Kasih Allah

Alhamdulillah syukur... tak tau nak cakap macam mana... Menangis akak yer sebab tak sangka result UPKK Adam boleh dapat macam tuh. Tak memasal akak nangis depan tuh. Adam dapat 8A.

Kekawan opis ni anak2  diorang dari minggu lepas lagi dah dapat result. Semua result gempak2. 8A, 5A, 4A.. fuh... berdebar2 plak akak... macam akak plak yang nak amik result periksa. Padahal UPKK je pun.

Sekolah Adam tahun ni meningkat kepad 35 orang dapt 8A. Apapun tahniah Adam. Semoga Adam cemerlang juga untuk UPSR dan PSRA tahun ini. InsyaAllah mama doakan.

Amiinn.

p/s: mesti korang heran nape akak nangiskan. Namapun anak lelaki main lebih banyak daripada baca buku.

Thursday, 21 January 2016

Ucapan Terima Kasih

Pagi ini seperti biasa buka emel aduan sistem sekali ada satu emel ini mengucapkan terima kasih sebab telah memudahkan urusan dia. Pengirim juga menyatakan yang dia sangat berpuas hati dengan perkhidmatan kerajaan yang prihatin, cepat dengan cekap. Wah!!! apa lagi terus berbunga hati akak ni korang..

Sebenarnya pengirim ni ada emel masalah dia pada hari selasa lepas. Disebabkan masalah dia bukan masalah berkaitan sistem akak, so akak forwardkan emel tersebut ke PRO. So alhamdulillah bahagian berkenaan telah pun menjalankan tanggungjawab dia dengan cekap dan berkesan. Alhamdulillah.

Apa yang nak akak point disini, bila orang ucap terima kasih tidak kisahlah apapun kita akan rasa seronok dan dihargai betul tak? Macam tuhlah akak pagi... mood terus happy je walaupun sebelum tuh akak sedih sbb hhmm adalah xyah citer kat bloglah... apapun terima kasih juga pada pengirim emel kerana menghargai kami kakitangan awam ini.




oklah

Tata...

Wednesday, 20 January 2016

Perihal Rania

Masa firstday school hari tuh, Rania pun duduk taska baru kat JPN. Sebelum ni kat P18 belakang klinik tuh. Taska tuh rumah je. so rumah tuh dia ada baby sampai umur 3 tahun. disebabkan Rania tahun ni dah 4 tahun so kenalah pindah taska satu lagi kat atas tuh owner sama. situ 4-6 tahun rasanya.Kebetulan taska JPN ni ada kosong si akak pun registerlah kat situ. Senang nak urus. So tahun ni semua anak2 bersekolah kat Putrajaya. Tapi taska JPN ni sampai 4 tahun je. So tahun depan Rania kena pindah lagilah. Dah aim dah satu taska ni tapi nantilah pikir sbb lambat lagi. hihihi.Rania ni so far sejak dah penah duduk taska dia ok je. Warna pun dah kenal. Paling dia kenal warna PINK... budak perempuan dan warna pink tidak boleh dipisahkan. Dia juga suka kasut.. hoi mencabar kalau pi shopping kompleks dengan pasar malam dengan dia ni. lagi2 pasar malam. Pasar malam banyak selipar dan kasut budak cantik2 tau. lebih lagi yg ada gambar kartun frozen. murah pun ia juga. Ada satu hari tuh pegi pasar malam Bangi kat shell tuh. fuhh... dia punya sawan shopping mengalahkan orang besar. semua benda dia nak. lastly berenti kedai kasut.. dia boleh nak beli lagi selipar froven. tapi selipar tuh ada lampu2 lah.. cantik jugak.. pujuk2 ajak balik pun tak mau.. lastly beli juga. Ntah berapa banyak kasut dan selipar awak Rania.


Ni gambar firstday, so far masa tuh ok x nangis.



Ni second day, masa ni ok tapi masa akak nak balik dia dah start nangis. Dia jadi macam tuh biala tengok ramai kekawan nangis. so dia join skali nangis. syabas Rania. hhihihiMasa ni plak Rania kena admit Hospital Serdang sekali lagi. Semput. Malam tuh ada buat makan sikit. Mak Tok dia belanja beli makanan makan kat rumah je sebab Rania tidak sehat. Merasalah dok hospital 4 hari 3 malam. Dahlah mmg akak saje amik cuti konon2 nak pi berjalan sekali dah masuk hospital, cuti kat hospital je lah. 



Masa ni kat emergency, tgh buat neb, 3 kali buat pun x ok lagi. oksigen tak cukup. tuh yang kena admit


Masa ni dah pindah wad kat atas. dia dah ok masa ni tapi still tak boleh balik. so bagi boring
 suh di color buku tuh




Haa korang kenal ke Dr hensem ni. Ni lah Dr Say Sazril yang kecoh kat Hotfm. Masa ni dia kena kat wad kanak2 plak. Masa dia round wad tuh konon2 nak lah amik gambar sekali Rania tak bg hp. sbb masa tuh dia tgh tgk hp. so curi2 amik gambar dari jauh jer.





Masa ni dia nak tumbuk cili tuh. Hope rajinlah tolong mama sampai ke besar. oklah tuh je nak citer.Tata