Tuesday 9 February 2016

Kenangan Lalu... Al-fatihah

Seronok budak2 sekolah cuti lama sempena Chinese New Year ni. Cuti ni akak ke Bagan Lalang je.. saje lepak2 lps tuh buat mkn2 bbq. Takde apa yang best sgt pun.. sbb Rania pun x sehat. selesema dan demam. tapi lately ni, Rania kerap demam. Demam bila dia batuk dan selsema. risau gak... Tp alhamdulillah smlm demam dah xde tapi batuk plak.. 

Sebenanrnya akak masih dalam keadaan terkejut. Lately ni banyak dapat berita kematian orang2 yang penah rapat dengan akak. Ahad petang ari tuh masa tengah lepak kat dalam bilik sembang2 dengan adik ipar, akak dapat berita seorang kawan akak ni meninggal. Sebab arwah ni baru je messenger akak dalam 1@2 minggu sblm ini. Kawan akak bg tau dia meninggal sebab jantung. Umur kira muda lagi baru 36 tahun. Anak2 kecik lagi.

Sebenarnya arwah ni Ex-BF akak dulu. Kami penah teserempak di Wangsa walk kat FOS. Masa ni akak nak terlanggar dia. Akak sembang skit2 je yelah dia dengan family dia akak plak dengan kakak dan adik2 ipar akak. Nak jadi citer, dia penah add akak kat messenger tapi akak tak install messenger masa tuh. tiba2 awal tahun ari tuh akak saje gatal tangan install balik messenger akak tgk ada a fews kawan2 lama add akak termasuklah arwah. So mlm tuh kami sembang2lah.. Arwah ada 2@3 kali minta no hp akak. tapi akak tak bagi. paham2 lah masing2 dah bekeluarga. jadi akak tak maulah. Rabu minggu lepas dia ada messenger akak lagi konon2 ajak lunch. tapi akak balas akak nak urus anak2. 

Sebenarnya, masa kami sembang malam tuh dia banyak kali tanya akak kenapa kami clash dulu. ala bercinta umur 15 tahun huhuh... akak bg tau .. akak pun tak tau.. maybe takde jodoh.. cuma dia bg tau dulu banyak kali bagi surat n telefon tapi tak penah dapat cakap dengan akak. Rupanya barulah akak tau sebab apa. Rupanya arwah selalu suh adik akak yang lelaki bg surat kat akak tapi adik akak tak bg kat akak tapi bagi kat arwah Abah akak. dia kata apa lagi bila nampak adik akak bagi kat arwah abah dia pun litang pukang lari. Kalau telefon plak mmg tak penah dapat ckp sbb adik akak mmg tak penah bg pun.. kalau tanya xde salah nombor. so dari situ akak dengan dia putus.. sbb mmg macam tuh je xde apapun..

akak penah teserempak dengan dia masa akak nak kahwin. Akak jemput dia datang kahwin akak. tapi tak tau lah dia datang ke tidak sbb tak nampak pun. Nama dia plak sama dengan nama husband akak skrg. huhuhu apapun semua tuh dah jadi kenangan untuk akak.

Cuma.. akak masih dalam keaddan terkejut sbb yelah baru beberapa hari je dia messenger akak tengok2 dia dah meninggal. So smlm ada gaklah kekawan mana tau akak penah kawan dengan dia tanya tau tak dia dah meninggal. 

Akak mendoakan semoga aAllah ampunkan dosa2 dia dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Semoga wife dan anak2 dia tabah.

Al-fatihah.
 

No comments:

Post a Comment