Wednesday, 30 September 2015

Ellfie Gold Serum

Assalammualaikum w.b.t.

Salam sejahtera semua... lama x update blog...
ntah le sejak akhir2 ni mood ke laut..
laut mana nak pi pun tak tau.. hihihi

--------------------------------------------------------------------------------------------


oklah hari ni nak citer pasal Ellfie lah...



Alhamdulillah Ellfie Essence dah makin dikenali ramai dek kerana keberkesanan produk tersebut...
dah ramai yang repeat order...
ada customer tuh muka alahai makin cantik dah sekarang....
akak pun dah x menang tangan...
sbb sambutannya sangatlah menggalakkan...

tau ke apa tuh COD
C.O.D. (Cash On Delivery)
tapi... ramai customer akak tak bayar cash pun banyak transfer bank terus....
so bukan COD namanya delivery sahaja hihihi...
alhamdulillah bila kita dapat kepercayaan customer kenalah jaga....
Tak penat ke buat COD
of course lah penat....
akak selalu buat tghari waktu rehat keje...
waktu tuh paling banyak akak penah delivery 5...
kalau malam plak...
paling banyak pun 6...
alhamdulillah rezeki tak putus2....
penah malam yg banyak 6 tuh sampai kul 11.00 malam...
letih tuh tak yah cakaplah tapi alhamdulillah sangatlah puas hati...


Sekarang ni Ellfie dah keluarkan 1 lagi produk baru...
actually bukan baru lagi dah akak je baru nak bg tau hihihi...

Ellfie Gold Serum 24k



Ellfie Gold Serum ni sebagai produk tambah dalam set skincare Ellfie sediada. Ia juga membantu proses membaikpulih proses pemulihan kulit muka.

Apa kelebihan Ellfie Gold Serum ni?

*Mencerahkan Kulit wajah
*Menghilangkan garis halus
*Menghaluskan dan melembutkan kulit wajah
*Menjadikan kulit lebih sekata
*Mengurangkan kulit muka berminyak
*Memudarkan parut
*Membaiki sel-sel kulit mati
*menegangkan kulit
*Menjadikan muka lebih berseri
*Anti penuaan


Bila serum sesuai digunakan?


Cleanser - Toner - Serum - Day Cream


Cleanser - Toner - Serum- Night Cream

Serum tersebut sesuai dibawa kemana-mana...
Cara-cara nak buka serum...


1. Ellfie Gold Serum

2. Buka penutup ikut anak panah

3.Buka dan tarik besi tersebut

4. Tarikh sehingga tertanggal penutup

5. tolak kiri dan kanan besi penutup

6. Besi penutup dah berjaya di tanggal

7. Buka penutup warna kelabu

8. Tutup semula penutup warna kelabu, baru penutup besi dan akhir sekali penutup putih

senang jekan nak buka...


Harga
Sebotol RM20.00 (3.5gm)
Sekotak RM130.00 (10 botol)


untung beli sekotak ye...
so apalagi jom share dgn kekawan, adik beradik, sedara beli serum ni
berbaloi ok...

berminat jangan lupa wassap 
019-2782041




Sunday, 20 September 2015

Lama tak update

Assalammualaikum....
Selamat pagi semua... selamat cuti sekolah...
minggu dah start cuti sekolah.. yea.. yea...
Adam malam tadi ikut pakchu n wan dia balik keramat..
Rayyan n Rania dok umah ...
Maktok dia ada nak jg... 

lama tak update blog...
hari2 blh buka je...
huhuh akak ada keje programming yg memeningkan kepala sampai nak update blog pun malas...
yelah x penah buat JAVA skali kena buat ko...berpinar2 biji mata..
asal tgk je terus ngantuk... hahaha teruk betul...
2 minggu tgk programming mcm...
sampai kawan akak bg contoh programming yg senang skit br akak paham flow dia...
ni dah ok cuma ada error skit2 je...



sekarang ni musim haji...
akak bila sampai je musim haji ni ada sedikit sedih...
lebih2 lagi kejadian kren runtuh di Makkah tuh...
hari2 buka fb nak tau citer terkini...
akak rasa mereka yg meninggal ketika itu adalah antara orang2 yang terpilih dan bertuah...
walaupun mungkin jasad mereka tidak lengkap tetapi akak nampak hikmahnya..
1. Meninggal di dalam masjidil Haram
2. Hari Jumaat
3. ketika sedang beribadah...
Allah bertuahnya diorg ni...
kita ni tak tau lagi nak meninggal dalam keadaan apa...
Semoga roh2 mereka yang terkorban di tanah suci Makkah diampunkan dosa-dosa mereka, ditempatkan syurga tertinggi buatmu...
Aamiinn ... 

ok nanti update lain yer...

tata..

Wednesday, 26 August 2015

Iron Philips PerfectCare Aqua Pressurised Steam Generator

Assalammualaikum...

Hari ini mood ada happy skit...
sbb semalam barang yg akak nak sgt dah sampai...
ini semua pengaruh kawan opis yang dah beli iron Steam from Tefal...
disebabkan harganya tidak mampu milik untuk dibeli secara cash...
akak pun buat main kutu nak beli Iron ni..
Tapi akak amik jenama Philips from Amway...
kenapa Amway?
sebab akak nak Iron Board dia tuh...
Iron board akak tinggal masa nak patah je. huuhuhu...
eh.. untuk makluman Iron board tuh free ok...
dah termasuk harga Iron board tuh...
tuh yg akak suka...
yang paling suka... bayar Selasa... rabu dah dpt...
pantas dan efisien giler amway ni...
ingatkan 2@3 hari lagi br dpt....

Malam tadi excited giler nak pakai...
bila dah pakai...
mmg best giler... sbb dapat mengurangkan beban akak ni hahahaha
hanya gosok depan sahaja ok dah licin..
menjimatkan masa dan tenaga sangat dah ni
akak suka... akak suka... akak suka....


Diorang call nak hantar tghari...
akak dah bg tau suh antar kul 6 ptg...
dia kata kebetulan dia ada kat area kawasan tuh so diorang nak antar terus..
xpelah sbb excited punya pasal..
balik umah... nasib waktu lunch hour....

masa buka kotak...



Jug untuk isi air dalam tempat iron tuh..
blh guna 4 kali untuk masukkan air dalam tuh

korang akan dapat buku manual ni juga

dia juga bg CD...
so blh tgk macam mana nak guna iron tuh dalam CD tuh
mmg sangat membantu
(blh juga tgk kat youtube)


nilah iron board dia..
besar ok...
akak suka....

yang ni iron board akak yg lama...
dah nak patah... huhuhuh


nilah iron board philips bila dah siap pasang

ni bila dah letak atas board tuh...
yg besar tuhlah tpt bubuh air tuh...


so malam tadi dapatlah menggosak dengan pantas ...
wah tak sampai setengah jap
10 pasang baju dah siap....

memang menjimat masa ...

oklah tuh je nak citer ari ni...

tata...

















Tuesday, 25 August 2015

Entry Bergambar

Assalammualaikum....


cakkkk..... lama  tak update....

tak kemana ada je... nak kata bz tak juga...
ntah le mood nak menaip xde...



oklah hari ni korang tgk gambar jelah ok...

mood tak mai lagi....

.
.
.
.
.
.


ni citer sabtu lepas... main kat Taman Pancarona P18
main tghari buta... sbb menunggu abg Adam habis main futsal...
tuh muka Rania kepanasan sbb tpt mainan tuh panas.... hahahaha


kemain lagi berpegang tangan Rania dengan Rayyan...
masa ni bg diorg main kat bawah pokok kutip biji2 yg jatuh dari pokok tuh...
biji apa.. ntah le akak pun tak tau... hihihi

Ini budak kuat 'pau' orang...
asal kuar je adalah benda yang dia minta...
hari-hari nak mainan....
kalu kedai RM2.00 ECO takpelah juga..huhuhu
boleh bankrap mak ko ni dik...


alolo... kemain muncung mulut tuh...
mood mariiii nak pakai telekung...
telekung tuh beli lama dah...
tapi anak dara ni tak mau pakai....
ntah nape malam tuh... elok dia nak pakai plak...


maaplah gambar kelabu asap..
masa ni hp akak dah start problem sebelum akak format...
ni si abg ngajar adik ngaji...
padahal abg pun tak lepas ngaji lagi...
hihihi....

masa ni nak pegi sekolah pagi..
mood Rayyan tak dtg lagi...
suh bangun tak mau penat katanya...
tak taulah apa yang dia penat pagi tuh...


ni satu lagi gambar anak dara....
pakai tudung beli kat Jln Tar...
cantik tudung ni beli lama dah jg...
mood nak pakai dia takde lagi..
tapi skrg alhamdulillah nak pakai tudung dah...
lepas akak bawa dia gi teman abg adam n rayyan ngaji...
skrg ni ... pakai gaun pun nak pakai tudung...
tak tutup aurat dik oii...


ni gambar masa open house umah Datin Haryati (tiga dari kiri)...
tiap2 tahun mmg nak pi je open house umah dia(klau dapat jemputan arr)
 sbb kambing golek dia sedap..
tapi pada hari tuh kambing tak siap bakar lagi...
sbb jalan jem katering dia lmbt...
so kami mkn dlm umah apa yg ada dulu...
kempunan kambing bakar thn ni... hhuhuhu....


ni gambar masa kenduri Akikah anak sepupu Dr Shamil (duduk depan akak pakai baju warna gold tuh)

oklah tuh jelah...
jumpa lagi

tata...





Wednesday, 19 August 2015

Gaji Gomen Dah Masuk?

Assalammualaikum


hai korang... lama x buat entry.. 

tiba-tiba entry harini pasal gaji hahahaha
nampak beno rindu gaji...

pagi ni kecoh kat opis kata MOF dan KSM dah dpt gaji..
apa lagi terus memasing buka internet check bank masing2...
skali... nan hadoooo...
rezeki diorg dpt awal..

ooo gaji .... ku rindu...

Thursday, 13 August 2015

Amalan Hari Jumaat

Assalammualaikum...


Hari jumaat ni merupakan penghulu segala hari, 
Hari ni akak nak share beberapa amalan yang elok diamalkan pada hari Jumaat. 

1 : Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”


2. Membaca Surah Al-Kahfi. 10 Ayat pertama dan 10 Ayat terakhir.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

3. Selawat
Mengucapkan Selawat Ke atas Nabi s.a.w. Berselawat sekali ke atas Nabi, Allah Taala memberi rahmat 10 kali ganda. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksid: “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.(HR.Al-Baihaqi) Allah Taala juga ada berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)”. (QS.Al-Ahzab:56)
4. Membaca Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah
5. Mandi Sunat Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.” Dan sebuah hadith daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu. (Muttafaq alaih)
Manakala sebuah lagi hadith yang menerangkan tentang mandi sunat hari Jumaat adalah sebuah hadith daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama. (HR.Imam Abu Daud dan Tarmidzi).
6. Solat Jumaat. Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu. Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas. Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam, dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur. Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.”
8. Doa
Berdoa Bersungguh-sungguh. Majoriti ulama’ berpendapat bahawa makbulnya do’a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua. Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar. Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdo’a) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan do’anya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan. (HR.At-Tirmidzi).
Sebuah hadith daripada Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya (hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah) yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan”. (HR.Al-Bukhari dan Muslim)

8. Banyakkan Bersedekah.
Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya. Ibnu Qayyim berkata: Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya. Hadis dari Kaâab menjelaskan: Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya.
Sedikit amalan yang dapat akak share untuk hari ini.
Jom kita amalkan dan kumpul pahala.
InsyaAllah
Ameen..


Tuesday, 11 August 2015

Sedih

Assalammualaikum...






lagi bertambah sedih bila dapat customer bagi duit macam ni...
bukan nilai duit tuh yang dipandang..
tapi sikap customer ...
kami ni pencari rezeki tambahan untuk keluarga..
jgn buat kami macam ini...
kami COD terus ke rumah
bagi yang servis terbaik buat customer...
tapi ini adalah salah satu contoh bagaimana  customer amik kesempatan ke atas kami pencari rezeki tambahan..
hanya Allah yang tau betapa sedihnya..