Sunday, 17 May 2015

Pelajar UiTM Digantung Kerana Selfie Di Pentas Konvokesyen

Haa 2/3 hari ini kecoh skit dilaman sosial media mengenai selfie di atas pentas masa nak terima skroll tuh. yang x sedap didengar pelajar tersebut telah digantung skroll dia kerana dikatakan melanggar etika majlis konvokesyen.

akak nak pesan skit ni.....nak selfie ni bertempat lah. jangan semua tempat korang nak berselfie. teruja macam mana sekali pun kita beringatlah. patutlah org kata selfie ni mmg blh memudaratkan orang. akak pun kadang menyampah kadang tgk org berselfie tak kira tempat ni. 

tapi pagi ni akak dengar berita di Hotfm, Naib Canselor UiTM meminta pelajar tersebut memohon maaf . apapun dik.. minta maaflah jelah. dah mmg salah awak pun. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik.



KUALA LUMPUR: Pelajar yang mengambil gambar selfie di atas pentas sewaktu majlis konvokesyen UiTM, Muhammad Hasrul Haris Mohd Radzi, 21, dikenakan tindakan digantung pengajian sebagai hukuman atas tindakannya itu.

Memetik laporan Harian Metro, Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengesahkan graduan Diploma Fotografi berkenaan digantung untuk tempoh antara setahun hingga dua tahun selepas tindakan itu dikatakan memalukan UiTM.

“Tindakan dia memalukan UiTM, pelajar diberi penerangan dan garis panduan sebelum memasuki dewan termasuk larangan selfie di atas pentas. Dia sepatutnya menghormati majlis dan pensyarah yang meraikannya,” jelas beliau.

No comments:

Post a Comment