Wednesday, 13 May 2015

Entry Bergambar

Rindunya kat Adam... dia xde skrg ni.. pergi kem Kokurikum sekolah-sekolah Putrajaya di Perlis. Oklah jom tgk gambar. 


Masa ini bawa Adam pegi Alamanda makan kat Pizza Hut. Dia suka makan spagetti bolognese. Sori gambar mkn takde sbb masing2 dah lapar. hihih...


Masa ni hantar adam naik bas kat Sekolah Putrajaya Presint 11 (3). Semua peserta di kehendaki berkumpul di sekolah tuh untuk ke kem Kokurikum sekolah-sekolah Putrajaya di Perlis. Cik adik manis kat depan tuh mula2 oklah... lepas abg Adam dia naik bas, dia pun start dah buat hal. nak naik bas gak... so bg lah naik bas.. lepas tuh terus tak mau turun.. alamak... apalagi terus dukung bawa turun dari bas.... apalagi mengamuk sakanlah dia... sampai tak mau pegi school.. merajuklah kononnya...


haa ni masa makan kat Aroi Thai, Cyberjaya dengan kak dayang. boring tak tau nak makan mana. mkn kat opsi dah boring. so kita mkn luar... apa yg sedap kat Aroi Thai.. akak rasa sedap mee sup dia tuh dengan pulut mangga. lelain akak rasa biasa. Harga sepinggan RM1.90. tapi akak paling suka air nenas dia... sedap... tempat lain mana nak dapat air nenas... sini jelah yg ada pun...


Masa ni kumpul adik-beradik, akak belanja mkn2... alhamdulillah ada rezeki lebih. akak suka kumpul ramai2 macam ni. lepas tuh mula rancang percutian yg selalu tak jadi... hahaha... sbb taulah kan masing-masing bz. insyallah bln 6 ni nak ke Terengganu. Sepupu kahwin... so kira bercuti gaklah nanti...


ni gambar masa akak pegi besday party anak Cik Puteh Soraya (pakai tudung hitam tuh). Walaupun dia dah kahwin tetap nak panggil Cik. tak biasa nak panggil Puan. Kenal dia masa keje di ICU, Kedah dulu. yg lelaki duduk tuh dukung anak tuh Jasrul kawan masa keje ICU, Kedah juga. skrg dah keje kat Putrajaya. Sebelum tuh nak ucap tahniah kat Jasrul.. wife dia yg berdiri pakai baju pink tuh dah bersalin semalam 13.05.2015. akak pegi dengan rania je masa ni. yang lelain x mau ikut.


Adam masuk Coral Speaking wakil SKPP 18(1). Kononnya nak lah pegi tgk.. sekali ada acara larian kat putrajaya ni. di tutup jalan area P18 ni. Pertandingan buat kat Dewan Sri Wilayah, Kementerian Wilayah. Tapi xde parking sbb peserta larian parking kat area tuh. so penuh. Lastly balik umah je.


Rania kehausan minum air milo di kedai wajib singgah makan kalau balik Alor Setar, Kedah iaitu Kuey Teow Iman. akak masa ni dah kenyang sbb petang dah mkn mee tomyam.


ni kitaorg nak pegi Perlis. Ada 2 mision. 1. nak hantar Jubah2 kat Koleksi Fizwin dan 2. jalan2 di Padang Besar. Masa nak balik dari Padang Besar terserempak dengan kawan masa blaja Diploma dulu Hasra dan Azhar. Kecik je dunia nih. sebab lepas je habis blaja tak penah dah jumpa diorg berdua ni. bercinta dari blaja.

ok... ni saje entry bergambar buat hari ini.

tata...











No comments:

Post a Comment