Wednesday, 20 January 2016

Rayyan Tahun 1


Assalammualaikum... 



Nak citer pasal Rayyan masuk Tahun 1. Orang lain dah up entry anak2 masuk Tahun 1 tapi akak baru hegeh2 nak up entry pasal benda ni... hihihi

Sekolah Rayyan buat Hari Orientasi pada 28 Disember 2015 yang lepas. Pagi tuh kami breakfast kat mamak kat umah je sebelum ke sekolah pagi tuh. 


Gigi Rayyan 1 bantang dah kena cabut dengan papa malam tuh... sebab dah goyang dan satu lagi dah tumbuh gigi kat belakang tuh 2 batang. Bawahlah pi dentist... pegi yang kat Serdang tapi Dr tuh kata tak goyang lagi dan suh balik dulu goyang2kan gigi tuh senang nak cabut. ... (masa tuh mmg tak goyang lagi). Hari minggu pilah cari dentist kat area bangi.. masa tuh dah start goyang2 dah gigi tuh.. sekali semua dentist kat area bangi boleh penuh... lastly balik macam tuh je. tuh yang akhirnya papa dia cabutkan. 


Ni budak pagi2 dah wat perangai. Rambut serabai je.. Ajak potong bagi trim tak mau melalak kat kedai rambut ari tuh. 


Abg Adam dah senior

Sekolah mula orientasi dalam kul 8.30 pagi macam tuh. Mula sampai je cari nama Rayyan dalam senarai nama mengikut kelas. So dapat 1 Delima. Beratur kat cikgu tandatangan kehadiran. dalam kehadiran tuh ada senarai nama rumah sukan juga sekolah dah bagi siap2 dah warna rumah sukan. Baguslah senang ibubapa nak beli tshirt sukan sekolah plak.

Lepas dah tandatangan kehadiran, murid kena beratur mengikut kelas. Ibubapa plak ada ada taklimat untuk murid Tahun 1. Dalam kul 9.00 murid2 beratur masuk kelas. so adalah exam Tahun 1. Ada BM, Mate dan BI. so disinilah akak kesian kat Rayyan dia ni boleh je jawab tapi kena bg tau soalan tuh buat macam mana. dia plak macam2 takut jadi menung je. Akak suh gak dia angkat tangan tanya cikgu... nak angkat pun takut. (oo masa ni akak dah skip dgr taklimat hihihi) redha dah... tak kisahlah Rayyan asal jawab je.Dah habis semua kami terus balik umah je.

Hari pertama sesi persekolahan tuh macam biasa datang awal. Akak dengan husband amik cuti 1 hari je. tuhpun sebab nak tgk dengan rehat dan pi toilet macam mn. so far sehingga hari ni semua ok.

Bab bagi duit belanja plak... akak bg gak rayyan duit belanja walaupun hari2 bawa bekal. tapi... kejenya asyiklah beli air kotak dengan roti. bukan makan dan minum pun. Ada 1 jumaat tuh.. akak saje bg duit belanja lebih sbb nak bagi dia membeli makanan kat kantin... sekali.. dia bantainya beli air kotak sampai 3 kotak. tak beli mknan. tghari amik, dia bg tau mama tak buat bekal kat dia.. dia lapar sbb tak mkn... laa... mama bg duit lebih suh beli mknan yg pi bantai beli air kotak sampai 3 pasal apa... rayyan..rayyan... tuh yg hari2 kena buat bekal kat dia. haaa gambar bentonya takde ye x sempat nak amik... kelam kabut xde masa nak amik huhuu... lagi2 skrg ni sekolah diorang kena datang awal sbb ada bacaan yasin kul 7.00 pagi.. masak simple2 je.. nugget, burger, sosej. kadang  mkn coco crunch...


Perhimpunan... masa ni merayap2 kat dalam sekolah.. sebab si Rania ni dah boring.. so dia ajak jalan2 melawat kawasan sekolah.




Alhamdulillah firstday sekolah yang smooth jer...

ok tuh jer. sebenarnya tak ingat dah apa nak citer... hihihi

Tata

No comments:

Post a Comment